Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

Syor Subsidi Bersasar Beras...

PASIR PUTEH : Harga beras sedia ada adalah yang distruktur pada 2008, masih...

3 Beradik Dipenggal Kepala...

Malang menimpa tiga beradik apabila mereka diserang dan dipenggal kepala, dipercayai untuk digunakan...

Wanita Hubungi Bomba, Kunci...

PADUA (Itali) - Seorang wanita terpaksa menempuh saat memalukan apabila terpaksa mendapatkan bantuan bomba...

Mayat Wanita Ditemui Dalam...

CYBERJAYA - Mayat seorang wanita ditemui dalam belukar di bawah jambatan susur keluar...

Serah Surat Cerai Melalui Facebook

NEW YORK – Sebuah mahkamah di sini membenarkan seorang jururawat ‘menyampaikan’ dokumen penceraiannya hanya melalui laman sosial Facebook.

Tindakan itu dibuat oleh hakim Mahkamah Agung Manhattan, Matthew Cooper selepas jururawat berkenaan, Ellanora Baidoo melalui peguamnya memberitahu bahawa suaminya sukar ditemui selain tidak mempunyai alamat tetap.

“Wanita berusia 26 tahun ini diberi kebenaran menyerahkan surat perceraian kepada defendan, Victor Sena Blood-Dzraku melalui mesej peribadi di akaun Facebook lelaki berkenaan,” ujar Cooper.

Menurutnya, mesej tersebut akan dihantar oleh peguam plaintif kepada defendan seminggu sekali bagi tempoh tiga minggu berturut-turut atau sehingga diakui oleh suaminya itu.


“Saya menganggap perkara ini sebagai satu undang-undang baharu dan cara ini perlu dipandang serius,” kata peguam Baidoo, Andrew Spinnell.

Pasangan yang berasal dari Ghana ini telah berkahwin pada 2009, namun hubungan mereka mula retak apabila Blood-Dzraku memungkiri janji untuk mengadakan upacara perkahwinan secara tradisional mengikut adat mereka. – Agensi

https://www.youtube.com/watch?v=erzJ1ZT_p9Y

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori