Wednesday, January 22, 2025

Creating liberating content

Generasi Pasca Merdeka Mantap...

KOTA KINABALU - Generasi pasca Merdeka perlu memantapkan diri dengan ilmu dalam semua...

PAS Enggan Berkempen Untuk...

SHAH ALAM - Barisan Nasional (BN) berdepan masalah dalam kempen Pilihan Raya Kecil...

Cadangan Lantik Orang Asli...

KUANTAN - Perancangan Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) untuk melantik ketua...

Kumpulan Nasyid Inteam Ceburi...

KUALA LUMPUR - Kumpulan nasyid Inteam yang sebelum ini terkenal dengan albumnya 'Allahu...

Setelah 18 Tahun, Siri TV Anime Dragon Ball Muncul Kembali

Andai ada pembaca yang membesar dengan siri kartun Dragon Ball, pastinya berita ini akan mengujakan anda.

Setelah menamatkan siaran kira-kira 18 tahun lalu, Fuji TV mengumumkan siri anime kegilaan ramai itu bakal kembali dengan tajuk Dragon Ball Super.

Membawa pembaharuan, ia dilaporkan akan berkisarkan kehidupan beberapa tahun selepas tamatnya siri Dragon Ball Z yang mana karakter antagonis Majin Buu telah dihapuskan.
Majin_buu

Menurut kenyataan syarikat penyiaran terbabit, siri tersebut bakal kembali menemui penonton di Jepun bermula Julai hadapan.

Kali terakhir siri tersebut keudara adalah pada tahun 1996 hingga 1997 dengan tajuk Dragon Ball GT.

Ia telah mencipta fenomena tersendiri di Malaysia dan menjadi antara kartun kegemaran ramai kanak-kanak pada tahun 1990-an.

Dragon Ball merupakan adaptasi dari karya majalah manga oleh Akira Toriyama bermula dari tahun 1984 sehingga 1995.


Untuk pengetahuan ramai, jalan ceritanya merupakan inspirasi dari karya klasik novel China, Journey To The West.

Buat peminat, sama-samalah kita tunggu tarikh ia bakal ditayangkan di Malaysia.

– MYNEWSHUB.CC

Oleh: ALI

Siri Terbaru Dragon Ball Bakal Ditayangkan

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori