Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Putrajaya Deuter Trail Run...

PUTRAJAYA - Edisi ketiga 'Putrajaya Deuter Trail Run' 2015 yang dijadual pada 10...

Ringgit Diniaga Lebih Tinggi...

Nilai ringgit dibuka lebih tinggi berbanding dolar AS pagi ini, walaupun pasaran masih...

Pemuda UMNO Disaran Timbang...

SHAH ALAM - Pemuda UMNO diharap mempertimbangkan semula gesaannya agar presiden parti Datuk...

Mangsa Banjir Di Pitas...

KOTA KINABALU - Mangsa banjir di sebuah pusat pemindahan sementara (PPS) di Pitas,...

Shaheizy Sam Tak Makan Nasi Untuk Dapat ‘Six Pack’

PERASAN tak pada acara Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2014 pemenang Artis Paling Popular Shaheizy Sam nampak semakin susut dan lebih bergaya.

BACA: Shaheizy Sam Rangkul Anugerah Bintang Paling Popular ABP 2014

Kalau korang nak tahu, aktor kacak itu sebenarnya dalam proses berdiet demi mendapatkan tubuh dan berat yang ideal.

Malah, teraju utama Manisnya Cinta Di Cappadocia itu mendedahkan, dia langsung tidak menjamah nasi dan lebih mengutamakan pengambilan makanan berasaskan protein seperti ayam, ikan panggang serta sayuran.

Pengorbanan ini dilakukan demi kerjayanya selaku pelakon yang memerlukan dia nampak lebih segak di layar perak.

“Memang ‘sakit’ untuk jalani diet tapi kalau saya tidak lakukan dengan teratur dan berdisiplin kemungkinan berat badan saya akan bertambah.

“Kalau berada di lokasi penggambaran apabila melihat krew-krew produksi makan yang sedap-sedap iaitu nasi saya hanya mampu terliur tapi kena kuat untuk lawan dugaan tersebut,” kata Shaheizy.


Sementara itu, Shaheizy dikatakan baru selesai penggambaran filem berjudul Polis EVO yang bakal menemui peminat tidak lama lagi.

Jelasnya, filem ini antara penyebab dia berusaha untuk menurunkan berat badan.

“Antara sebab saya diet untuk filem ini juga, ini adalah kali pertama saya mempunyai ‘six pack’ agar tampil lebih segak di layar filem.

“Almaklumlah melakonkan watak sebagai detektif polis, saya naklah nampak tough dan macho, apa-apa pun kepada penonton dan peminat jangan lupa menonton Polis EVO yang padat dengan aksi mendebarkan,” katanya.

– MYNEWSHUB.CC

Oleh: CARRIE

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori