Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Sang Bedal 600Kg Baham...

SETELAH melakukan pemburuan selama tiga hari, seekor buaya yang membaham kaki nelayan dan menjadi...

Vanidah Imran Gagal Selesai...

KUALA LUMPUR - Kes saman pelakon Vanidah Imran terhadap syarikat pengeluar kosmetik Ronasutra...

Siti Kassim Didakwa Halang...

KUALA LUMPUR - Seorang peguam didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini,...

Esszone: Perintah Berkurung Dilanjut

KOTA KINABALU - Perintah berkurung di perairan enam daerah di Zon Keselamatan Pantai...

Shahidan Sifatkan Adun Pembangkang Perak Biadab

KUALA LUMPUR – Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim menyifatkan tindakan Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun)pembangkang berpakaian serba hitam pada Istiadat Pembukaan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, Selasa lepas sebagai biadab.

Beliau berkata pembangkang boleh melakukan protes di luar dewan jika tidak bersetuju dengan sesuatu perkara tetapi adalah tidak wajar ia dilakukan semasa dalam persidangan DUN.

“Mereka sebut ‘Dewan Yang Mulia’ tapi mereka tidak muliakan dewan dengan sikap mereka, melakukan sesuka hati dengan berpakaian hitam.

“Persidangan dalam dewan kena ikut etika, ini bukan dewan bawah pokok jambu, bawah pokok ceri, mereka boleh buat sesuka hati,” katanya kepada pemberita di lobi Parlimen di sini, hari ini.

Beliau mengulas tindakan Adun pembangkang yang berpakaian serba hitam pada Istiadat Pembukaan Dewan Undangan Negeri Perak, yang turut dihadiri Sultan Perak Sultan Nazrin Shah.


Semalam, Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir berkata Sultan Nazrin murka dengan tindakan Adun pembangkang itu sehingga menyebabkan baginda menitahkan mereka untuk tidak menghadiri sesi bergambar dan majlis santapan.

Shahidan yang juga anggota Parlimen Arau berkata selain daripada mematuhi etika berpakaian, Adun juga perlu menjaga percakapan sebagai menunjukkan mereka menghormati dewan.

“Pakaian untuk hadir ke dewan mestilah pakaian yang dibenarkan. Speaker berhak mengeluarkan sesiapa (daripada dewan) yang berpakaian di luar ketentuannya,” katanya. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori