Sunday, January 19, 2025

Creating liberating content

DUN Sabah Lulus RUU...

KOTA KINABALU - Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah hari ini meluluskan rang...

Remaja Maut, Motosikal Ditunggang...

TAWAU - Seorang remaja lelaki maut apabila motosikal yang ditunggangnya hilang kawalan dan...

Aliff Syukri Dianggap Propa...

MENYEDARI kenyataannya dalam program realiti Oh Abang Kosmetik (OAK) telah memalukan peniaga kopiah, jutawan...

8 Anggota Polis Didakwa...

KUALA LUMPUR - Lapan anggota polis hari ini mengaku tidak bersalah di tiga...

Sharnaaz Ahmad Sayang Nak Buang Jambang

PELAKON Sharnaaz Ahmad mendedahkan dia kini sudah mula menyayangi jambang yang disimpannya sejak beberapa bulan lalu.

Sharnaaz sebenarnya menyimpan jambang adalah disebabkan tuntutan wataknya dalam telefilem Hidupku Solatku Matiku.

Walaupun mengakui merasa sayang untuk membuang jambang di masa hadapan, namun sekiranya tuntutan watak untuk naskhah terbaharunya memerlukannya tampil dengan imej yang lebih bersih, dia tidak teragak-agak untuk memotongnya meskipun sudah semakin sayang dengan imej jambang tersebut.

“Saya simpan jambang bukan untuk suka-suka tetapi atas dasar kerja sebagai seorang pelakon untuk menjayakan telefilem Hidupku Solatku Matiku.

“InsyaAllah untuk telefilem seterusnya, tengoklah sesuai atau tidak penampilan saya macam ni.. Kalau tak sesuai, saya potong tapi sayanglah pulak,” katanya memetik mStar.

Sejak Sharnaaz mula berjambang ramai pihak beranggapan dia cuba meniru ikon fesyen Wak Doyok yang merupakan antara individu terawal memperkenalkan imej berjambang ala hipster.

Namun, Sharnaaz enggan mengambil pusing mengenai cakap-cakap orang mengenai perkara tersebut kerana dia berjambang hanyalah atas sebab memenuhi tuntutan wataknya sahaja.


“Saya pun tak faham kenapa orang nak samakan saya dengan Wak Doyok sedangkan ramai lagi orang lain yang berjambang.

“Tak kisahlah nak bandingkan kami berdua ke macam mana, mulut manusia tak boleh tutup tapi saya simpan jambang untuk lakonan,” katanya.

Kalau Sharnaaz nak kekalkan gaya berjambangnya pun okay jugak kan sebab memang wajahnya nampak serasi dengan gaya ala-ala messy berjambang tu, menambahkan lagi kemachooan dia. Betul tak? – MYNEWSHUB.CC

Oleh:  IMAN

https://www.youtube.com/watch?v=heojee4s8pg

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori