MAJLIS Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2014 telah pun melabuhkan tirainya, Ahad lalu.
Dalam pada itu, muncul pula berita kurang enak apabila seorang aktor popular mengeluarkan kenyataan dia tidak redha di atas kemenangan seorang pesaing dalam salah satu kategori anugerah tersebut.
Rasa tidak puas hati ini muncul sebaik nama Shah Iskandar dinobatkan sebagai Pelakon TV Lelaki Popular dalam ABPBH 2014.
Bagai tidak serik dengan kontroversi, Sharnaaz Ahmad dalam kenyataan kepada Malaysian Digest mengakui tidak redha dengan kemenangan Shah Iskandar pada malam itu yang disifatkan tidak adil kerana ianya bukan berasaskan kepada bakat seseorang itu.
“Saya tidak redha. Saya bukan tidak berpuas hati tapi saya lebih rela sekiranya kalah dengan Amar Baharin. Undilah atas bakat dan kualiti lakonan seseorang pelakon itu, bukan atas wang ringgit,” ujar Sharnaaz.
Mengulas dakwaannya, pelakon yang berjaya membawa pulang trofi Artis Paling Kontroversi itu memberitahu dia tidak kecewa atas kekalahan dirinya kerana merasakan dirinya sering tidak bertuah dalam memenangi anugerah.
Walau bagaimanapun, perkara tersebut tidak sesekali mematahkan semangatnya untuk terus berkarya dalam industri hiburan.
“Sejak hari petama dalam industri saya tahu yang saya bukan membawa diri saya sebagai seorang pelakon anugerah. Saya anti anugerah. Maksudnya, saya memang susah hendak menang satu-satu anugerah. Itu sesuatu yang sangat sukar untuk diri saya tapi itu semua tidak mematahkan semangat saya untuk terus berkarya,†katanya. – MYNEWSHUB.CC
Oleh: CARRIE