Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Aedes: 71 Tapak Pembinaan...

KUALA LUMPUR - Sebanyak 73 peratus atau 74 daripada 102 tapak pembinaan yang...

Lawak.. Tak Jadi Bunuh...

Zhejiang - Seorang lelaki berusia 48 tahun yang cuba melemaskan dirinya dalam usaha...

Serangan Sekolah Di Peshawar...

KUALA LUMPUR - Pesuruhjaya Tinggi Pakistan di Malaysia Syed Hassan Raza menyifatkan serangan...

2 Juta Ketupat Sejuk...

TANAH MERAH - Bermula sekadar beramal untuk memberi peluang pekerjaan kepada golongan asnaf dari...

Sikap Tun M Beri Kelebihan Kepada PAS – Salahuddin

KUALA LUMPUR – Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub mendakwa sikap bekas Perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad sejak kebelakangan ini memberi kelebihan kepada PAS untuk memenangi Pilihan Raya Kecil (PRK) Rompin.

Dakwa beliau, tindakan Mahathir mengkritik pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak akan memberi kesan ke atas pengundi di Parlimen Rompin.

“PRK Parlimen Rompin juga medan untuk rakyat menyatakan bantahan terhadap pelaksanaan GST,” dakwanya sewaktu berucap di Bilik Gerakan PAS semalam.

Salahuddin dalam pada itu cuba mengelak persepsi PAS tidak mengenang budi UMNO yang memberi laluan mudah kepada PAS memenangi PRK DUN Cempaka di Kelantan baru-baru ini kerana menghormati Allahyarham Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.


Dakwa beliau, isu membalas budi tidak timbul kerana PAS mempunyai tanggungjawab besar dalam membela hidup rakyat.

“Kita hormati Allahyarham Tan Sri Jamaluddin Jarjis tetapi kekosongan yang berlaku merupakan kesempatan untuk kita bertemu rakyat apatah lagi baru beberapa hari pelaksanaan GST,” katanya. – mynewshub.cc

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori