Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

Siswa Jaga Etika Dan...

PASIR MAS - Mahasiswa diingatkan supaya menjaga etika dan tidak melanggar undang-undang negara...

Sektor Pembuatan Sarawak Akan...

KUCHING – Sektor pembuatan di Sarawak telah bertambah baik pada 2017 dan dijangka...

Ratu Dangdut Melenting Ditegur...

KECOH di media sosial berikutan status yang dimuat naik oleh pelakon Abby Abadi...

Sajat Dikehendaki Polis, Bantu...

AMPANG JAYA - Usahawan kosmetik, Muhammad Sajjad Kamaruzzaman atau lebih dikenali sebagai Nur...

Siti Elizad Akui Sudah Bernikah Januari Lalu

PELAKON Siti Elizad Mohd Sharifudin akhirnya mengakui dia sudah melangsungkan pernikahan dengan pasangannya, Shamsul Baharin pada 11 Januari lalu.

Menurut Elizad dia terpaksa merahsiakan pernikahannya demi memenuhi permintaan keluarga.

“Saya minta maaf terpaksa merahsiakan pernikahn itu demi memenuhi permintaan keluarga. Saya mengaku memang sudah bernikah dengan Shamsul pada tarikh itu tetapi majlis kami berlangsung secara tertutup dan hanya dihadiri keluarga dan rakan rapat saja.

“Saya terpaksa diamkan diri selama hampir tiga bulan sebab bapa minta jangan dikecoh-kecohkan kerana dia kurang sihat. Ketika itu, kami hanya buat perkara yang wajib saja,” katanya memetik Harian Metro.

elizad 1

Elizad menjelaskan pernikahannya dengan duda anak dua yang bertugas di syarikat permotoran itu berlangsung pada 4 petang, 11 Januari di Masjid Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur secara tertutup.


Sebelum ini menerusi laporan media, Elizad mendedahkan bahawa dia bakal disunting menjadi isteri 11 April ini, namun sebenarnya pada tarikh itu, aktres berusia 31 tahun ini berniat untuk mendedahkan hal pernikahannya kepada umum.

Namun tak disangka-sangka, berita perkahwinannya sudah bocor terlebih dahulu sehingga sampai ke pengetahuan pihak media.

“Kalau diikutkan saya rancang untuk buka cerita sebenar pada 11 April nanti. Tapi tak sangka pula perkara ini sudah terbocor.

“Jadi saya terpaksa dengan berat hatinya mengakui saya sudah bernikah. Saya minta maaf sekali lagi kerana merahsiakan hal ini daripada semua,” katanya. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori