Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

Lagi Mangsa Penipuan ‘Jenny’...

KUANTAN - Polis Pahang menerima lima lagi aduan penipuan wanita bernama 'Jenny' berhubungan...

Kedah Pertimbang Gabung Anak...

ALOR SETAR - Kerajaan Kedah tidak menolak kemungkinan menggabungkan mana-mana anak syarikat milik...

Malaysia Gesa Dunia Tumpu...

KUALA LUMPUR - Malaysia menggesa dunia menumpukan perhatian kepada bantuan kemanusiaan dan pembangunan...

Fiji Ingin Kerjasama Sektor...

KUALA LUMPUR - Duta Khas kepada Perdana Menteri Fiji, Sir Ratu Epeli Nailatikau...

Speaker Dewan Rakyat Sahkan Kerusi Permatang Pauh Kosong

KUALA LUMPUR – Setelah genap 50 hari dijatuhi hukuman penjara lima tahun oleh Mahkamah Persekutuan di Putrajaya secara muktamad pada 10 Februari lalu, akhirnya kerusi Parlimen Permatang Pauh disahkan rasmi sebagai kosong pada hari ini, 1 April.

Kelewatan pengisytiharan status kekosongan P.44 di Pulau Pinang timbul gara-gara petisyen pengampunan diraja yang dikemukakan isteri penyandang kerusi itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim iaitu Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail pada 24 Februari lalu.

Petisyen yang dimohon pada hari ke-14 atau hari terakhir selepas sabitan hukuman oleh mahkamah menyebabkan Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia ketika itu terpaksa menangguhkan notis kekosongan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Keadaan bertambah rumit apabila Anwar, 67 tahun, kemudian bertindak memohon semakan kehakiman terhadap keputusan Ketua Pengarah Jabatan Penjara pada 18 Mac lalu yang bertegas melarang Ketua Pembangkang itu menghadiri persidangan Dewan Rakyat.

Bagaimanapun, sesuatu yang tidak diketahui banyak pihak, Lembaga Pengampunan Diraja sebenarnya telah pun menolak petisyen pemimpin PKR itu pada 16 Mac sebelumnya dan mengesahkan hukuman penjara ke atas Anwar atas kesalahan liwat pada 2008.

Dalam satu kenyataan media pada petang Rabu, Pandikar Amin berkata, beliau sudah pun menerima surat keputusan penolakan petisyen pengampunan kes Anwar oleh Yang di-Pertuan Agong melalui keputusan dikeluarkan Lembaga Pengampunan tersebut.


Menurut beliau lagi, dengan penolakan tersebut secara langsung bermakna Ahli Parlimen Permatang Pauh itu sudah hilang kelayakan berkuat kuasa pada hari keputusan Lembaga Pengampunan 16 Mac lalu walaupun perkara berkenaan hanya diketahui 1 April.

Ujar Pandikar Amin, notis pemberitahuan rasmi mengenai hal kekosongan tersebut sudah pun dikemukakan kepada SPR yang telah memutuskan satu mesyuarat khas akan diadakan di ibu pejabat induk suruhanjaya itu di Putrajaya pada 8 April depan.

Sementara itu Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Yusof mengesahkan bahawa pihaknya sudah menerima surat kekosongan kerusi P.44 dari Speaker Dewan Rakyat, sekali gus satu pilihan raya kecil Permatang Pauh perlu diadakan dalam masa 60 hari.

– MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori