Monday, January 20, 2025

Creating liberating content

Erdogan Berang, Dakwa AS...

HUBUNGAN dingin dan perang mulut antara Presiden Turki Recep Tayyip Erdogan dengan Amerika...

PAC Dedah Kabinet Lulus...

KUALA LUMPUR : Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) mendedahkan Mesyuarat Jemaah Menteri pada...

Pulau Misteri Kini Dipenuhi...

NUKU ALOFA - Sebuah pulau misteri yang muncul selepas berlaku letusan gunung berapi...

7 Lelaki Ditahan, Senapang...

Kluang : Tujuh lelaki ditahan bersama tiga senapang patah dan 18 butir peluru...

Suami Romantik Masak Makanan Untuk Setahun Demi Isteri

China – Seorang wanita yang juga guru di sebuah sekolah menengah, Zhao dinobatkan sebagai wanita paling bertuah di China. Apa tidaknya, kerana sayangkannya, suami Zhao telah memasak makanan yang mencukupi untuk keperluan isterinya itu selama setahun.

Suaminya, Yin Yunfeng merupakan seorang anggota tentera yang bertugas di Tibet.

Memandangkan dia hanya pulang setahun sekali sahaja, maka Yin memasak makanan yang disejuk beku untuk tempoh setahun.

Isterinya hanya perlu memanaskan makanan berkenaan dalam ketuhar setiap kali dia ingin makan.

makan1

Yin terpaksa berbuat demikian kerana bimbangkan isterinya yang kerap makan mi segera, jadi dengan memasak pelbagai jenis makanan dan menyimpannya dalam kontena sejuk, maka Zhao tidak perlu lagi makan makanan segera.

Menurut Zhao, dengan tugasnya sebagai guru, dia amat sibuk dan tidak mempunyai masa untuk memasak makanan segar.

Zhao hanya makan makanan segar apabila suaminya pulang bercuti, iaitu sekali dalam setahun.


“Meskipun saya telah mempersiapkan mental saya apabila mengahwininya, namun ia bukan mudah kerana setiap kali cuti suami saya berakhir, saya akan menangis.

“Tetapi saya akan terus memberikan sokongan terhadap kerjayanya sebagai anggota tentera dan akan menjaga keluarga kami,’’ katanya.

Zhao memberitahu, suaminya juga membeli banyak makanan ringan dan akan menyimpannya di merata tempat di rumah mereka.

Setiap hari, Yin akan menghantar mesej kepada isterinya untuk mencari makanan segera itu.

Yin berharap dengan berbuat demikian, dia berharap semua makanan itu akan habis dimakan isterinya dalam masa setahun sebelum dia kembali semula ke rumah mereka.

– MYNEWSHUB.CC

https://www.youtube.com/watch?v=uEDLv7e-7h8

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori