Tuesday, January 28, 2025

Creating liberating content

Ardell Kesal Masih Diganggu...

WALAUPUN sudah beberapa bulan berhijrah serta berhijab, pelakon kecil molek Ardell Aryana masih...

Pembantu Operasi Rugi RM49,000...

KUANTAN – Seorang pembantu operasi syarikat milik kerajaan negeri kerugian RM49,000 akibat diperdayakan...

Pemain Muda Kelab England...

KUALA LUMPUR - Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ) sedang menguji pemain muda...

Tatu Kongsi Gelap, Pemandu...

KUALA LUMPUR - Gara-gara memiliki tatu melambangkan kumpulan kongsi gelap di bahagian dada,...

Subjek Perintis Moden Perlu Diajar Di Universiti Islam

NEW DELHI – Subjek perintis moden perlu diajar bersama-sama dengan tamadun, kebudayaan dan seni bina Islam di semua universiti Islam, kata Penasihat Sosio Budaya Kerajaan Malaysia Tan Sri Dr Rais Yatim.

Beliau berkata universiti berkenaan perlu belajar untuk menghidupkan corak Islam sejagat, bukan “membataskannya” kepada paradigma sosio-agama semata-mata.

“Gabungan ilmu, nilai dan adab perlu menjadi fokus matlamat kita. Sudah tiba masanya untuk kita mewujudkan program-program hak asasi kita sendiri dengan bercirikan tradisi Islam dan digabungkan dengan ilmu moden.

“Kita telah dipertaruhkan oleh Barat secara ekstrem. Kita perlu bangkit untuk memupuk dan merintis standard dan keutamaan kita sendiri,” katanya.

Rais, yang juga Presiden Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) berkata demikian dalam ucapan balas selepas menerima anugerah pencapaian sepanjang hayat ‘Life-Achievement Award’ daripada Akademi Ma’din, Kohzikode di Kerala. Teks ucapan beliau dihantar kepada Bernama di sini hari ini. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori