China – Penduduk di Shenzhen yang sebelum ini gempar dengan kejadian sungai berdarah akhirnya dapat menarik nafas lega apabila mengetahui rupanya warna merah itu adalah akibat dakwat merah dari sebuah kilang dakwat.
Hasil pemeriksaan pula mendapati setakat ini dakwat merah yang melimpah ke empangan Tiegang di Shenzhen itu tidak mengancam alam sekitar.
Bagaimanapun pakar-pakar kini bekerja keras bagi menahan air merah itu daripada merebak dengan menggunakan beg pasir dan proses pembersihan juga dijalankan.
“Air merah itu dikesan dalam pemeriksaan rutin dan kami kemudiannya terus menyiasat sumber air tercemar berkenaan.
“Kami juga menjalankan kerja pembersihan dalam masa 24 jam,’’ kata jurucakap bahagian kawalan dan perlindungan air.
Dalam pada itu, seorang saksi berkata, mereka terkejut apabila mendapati air sungai berkenaan bertukar merah pada tengahari semalam.
“Warnanya itu amat mengejutkan. Kami menyangka ia adalah darah,’’ katanya.
Kejadian itu juga mengakibatkan kilang dakwat berkenaan ditutup serta merta dan pada masa sama siasatan juga dijalankan. MYNEWSHUB.CC
https://www.youtube.com/watch?v=vIX55rMxtAk