Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

59% Pinjaman Baharu Kerajaan...

KUALA LUMPUR - Pembentangan Laporan Ketua Audit Negara mengenai Penyata Kewangan Kerajaan Persekutuan...

COVID-19: Pharmaniaga Jamin Bekalan...

SHAH ALAM - Pharmaniaga Berhad (Pharmaniaga) memberi jaminan bekalan ubat-ubat ke semua hospital...

Zuraida Zahir Dukacita, Pastikan...

PUTRAJAYA - Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin bersama warga kementeriannya hari...

Ikan Emas Hidap Tumor...

KEJADIAN ini berlaku di sebuah hospital haiwan yang terletak di Melbourne, Australia apabila...

Suspek Lontar Bom Petrol Di Alor Setar Ditahan

ALOR SETAR – Seorang lelaki yang dipercayai suspek utama dalam kejadian serangan ‘molotov cocktail’ ke atas sebuah bank di sini semalam telah ditahan.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kedah, ACP Mohd Nashir Ya berkata suspek ditahan pada pukul 11 malam tadi dirumahnya di Taman Bersatu, Batas Paip, Kuala Kedah.

“Lelaki itu akan direman hari ini bagi membolehkan siasatan lanjut polis dijalankan,” katanya dalam satu kenyataan.

Dalam kejadian pukul 4.05 petang itu, pelanggan di sebuah bank menjadi gempar apabila seorang lelaki yang bermotosikal bertindak melontar bom petrol pada bahagian depan bank itu yang menyebabkan berlaku kerosakan kecil.

Saksi berkata suspek yang berusia dalam linkungan 30-an kemudiannya melarikan diri.


Suspek sebelum itu dilapor marah dengan pihak bank tersebut apabila diberitahu akaunnya telah ditutup.

Tindakannya melampar bom dirakam kamera litar tertutup di bank itu.

Kes disiasat kerana mendatangkan bencana dengan api. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori