Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Tahun Ini.. Che Ta...

SEMPENA perayaan Aidilfitri yang bakal tiba tidak lama lagi, Pelakon dan Pengacara cun...

Bekas Suami Janet Jackson...

SELEPAS seminggu Janet Jackson dan Wissam Al Mana mengumumkan perceraian mereka, CEO bilionair tersebut...

Budak Guna Wang Simpanan...

NEW DELHI - Aktivis kanak-kanak atau lebih dikenali 'Greta of India' sanggup berkorban...

Kembara Ke Luar Negara...

Monica Lyn, 25, yang berasal dari Alabama mempunyai cara tersendiri untuk mengembara ke...

Syarikat Pembinaan Didenda RM10,000 Curi Air Syabas

KLANG – Sebuah syarikat pembinaan didenda RM10,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini kerana mencuri air dari Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) bagi projek pembinaan gelanggang badminton di Jalan Meru, Kapar di sini, tiga tahun lepas.

Hakim Suzana Hussin menjatuhkan hukuman itu terhadap Syarikat Megah Timur Bina Sdn Bhd dan memerintahkan wakil syarikat itu iaitu pengarahnya, William Ong Siew Wen, 32, dipenjara sebulan jika gagal membayar denda.

Syarikat itu membayar denda berkenaan.

Megah Timur Bina mengaku bersalah atas tuduhan membuat penyambungan paip secara haram dari sesalur utama Syabas, di Lot 580-592, Lot 598-602 dan 670 Jalan Meru, Kapar pada 9 Mei 2012.

Syarikat itu didakwa mengikut Seksyen 123 (1) Akta Industri Perkhidmatan Air 2006 yang membawa hukuman denda maksimum RM100,000 atau penjara maksimum setahun atau kedua-duanya sekali.


Menurut fakta kes, pegawai penguatkuasa Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) yang membuat pemeriksaan terhadap Syarikat Megah Timur Bina mendapati syarikat itu membuat sambungan paip secara haram menggunakan paip poli bersaiz 20mm dari sesalur utama Syabas tanpa melalui meter bagi membekalkan air ke tangki tadahan air bersebelahan mesin pembancuh simen.

Pihak SPAN juga mendapati syarikat itu melakukan sambungan kedua dengan menggunakan paip poli bersaiz 50mm yang menuju ke arah sebuah pili air terletak dalam kawasan tapak pembinaan itu.

Hasil siasatan ujian klorin mendapati air yang dibekalkan dalam kawasan pembinaan tersebut merupakan air terawat pihak Syabas yang digunakan untuk kerja-kerja pembinaan serta bagi kegunaan harian pekerja-pekerja di rumah kongsi.

Terdahulu, Pegawai Pendakwa V. Kirupakaran dari SPAN memohon mahkamah menjatuhkan hukuman setimpal ke atas syarikat itu atas alasan kes kecurian air di tapak pembinaan kerap berlaku untuk mengelak daripada membayar tarif air komersial yang tinggi. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori