Pelakon kacak yang baru meningkat naik, Syarul Ridzwan memberitahu dia mahu dikenali kerana bakat dan bukannya kisah peribadi.
Dikaitkan bercinta dengan heroin drama terbarunya Hati Perempuan, Syarul dan Mia Ahmad hanyalah sekadar kawan biasa dan tidak lebih daripada itu.
“Itu semua gosip dan saya tidak memberi sebarang kenyataan pun tentang perkara itu. Saya dan Mia hanyalah rakan kerja yang menggalas tanggungjawab dan tugas sebagai pelakon.”
“Itu sahaja yang boleh saya katakan, kami sahabat sama seperti saya bersahabat dengan orang lain,” katanya kepada Mstar Online.
Mahu namanya dikenali di atas bakat lakonan dan kisah peribadi, Syarul dalam masa yang sama turut bersyukur kerana perjuangan dirinya di dalam industri selama ini telah pun terbalas sehingga mendapat tawaran berlakon tidak henti-henti.
“Biar nama saya dikenali kerana kerja bukan cerita-cerita peribadi. Apa-apa pun saya bersyukur selepas tiga tahun berkecimpung dalam dunia lakonan, baru sekarang orang kenal saya. Alhamdulillah,” ujarnya.
Meski pun begitu, dia turut memilih skrip dan watak yang terbaik untuknya bagi menjaga kualiti lakonan.
– MYNEWSHUB.CC
Oleh: Syfq