Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Gabenor Jakarta Larang Pelajar...

JAKARTA - Gabenor Jakarta, Basuki Tjahaja Purnama, lebih dikenali sebagai Ahok, mengutuk sekolah...

Trafik Filipina Dan Indonesia...

TEL AVIV - Selama ini mungkin ramai anggap memandu kereta di Jakarta, Indonesia...

Khidmat Mazlan Sebagai Pengerusi...

SHAH ALAM - Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MOA) menamatkan khidmat Datuk Mazlan...

Lebih Sejuta Biji Pil...

KOTA BHARU - Polis Kelantan merampas lebih satu juta biji dadah dipercayai pil...

Taman Festival ‘Skyride’, Satu Lagi Destinasi Pelancongan

PUTRAJAYA – Ikon destinasi pelancongan baru, ‘Skyrides Festival Park Putrajaya’ kini muncul sebagai satu lagi daya tarikan  pelancongan di pusat pentadbiran negara di sini.

Berucap pada upacara pembukaan rasmi taman itu hari ini, Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz, berkata pelawat akan teruja melonjak ke udara pada ketinggian 120 meter menaiki “Skyrides Balloons”, balon terikat udara panas Malaysia yang pertama dan terbesar.

Skyrides Festival Park yang terletak di persekitaran Tasik Putrajaya melengkapkan hotspot pelancongan yang sedia wujud, seperti Masjid Putra, Monumen Alaf Baru, Perdana Putra dan Jambatan Putra.

Taman ini juga akan menyumbang kepada pencapaian matlamat mencapai ketibaan 29.4 juta pelancong dengan RM89 bilion hasil pelancongan di bawah Tahun Festival Malaysia (MyFest) 2015,” kata Nazri.


Turut hadir Ketua Setiausaha kementerian berkenaan Datuk Dr Ong Hong Peng; Presiden Perbadanan Putrajaya, Tan Sri Aseh Che Mat; dan Ketua Pegawai Eksekutif Marina Putrajaya Sdn Bhd, Datuk Zaharah Selamat. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori