Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Polis Masih Tunggu Laporan...

KUALA LUMPUR - Polis masih menunggu laporan ujian saringan air kencing kali kedua...

Yasin Hadapi 2 Pertuduhan...

Petaling Jaya : Penyanyi nasyid dan komposer, Muhammad Yasin Sulaiman menghadapi dua pertuduhan...

Video: Mat Saleh Cakap...

KEBIASAANNYA, 'Mat Saleh' atau warga asing dari Barat lazimnya menggunakan sudu atau garpu...

Neuer Akui Peluang Menangi...

BERLIN - Penjaga gol Jerman, Manuel Neuer menyifatkan peluangnya untuk dinobatkan Pemain Terbaik...

Tangani Ancaman IS Secara Kolektif – Najib

PUTRAJAYA – ASEAN perlu bertindak secara kolektif dalam menangani ancaman kumpulan militan IS kerana ia tidak boleh dibendung sekiranya negara anggota bertindak secara bersendirian, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau menggesa supaya kerjasama lebih rapat dijalinkan dalam kalangan 10 negara anggota ASEAN bagi memastikan pengaruh dan ancaman IS tidak menggugat kestabilan dan keamanan rantau ini.

“ASEAN secara kolektif dan bilateral boleh bekerjasama dengan lebih erat lagi untuk menangani ancaman IS yang tidak boleh dan tidak mampu kita tangani secara bersendirian,” katanya.

Najib ditemu ramah Bernama menjelang penganjuran Sidang Kemuncak ASEAN Ke-26 di Kuala Lumpur dan Langkawi pada 26 dan 27 April.

Beliau berkata ASEAN sememangnya tidak berpeluk tubuh dalam berdepan dengan isu itu malah telah menggerakkan kerjasama dalam kalangan menteri pertahanan dan menteri dalam negeri selain pasukan polis dan tentera.

Najib menjangka isu berkenaan akan disentuh apabila ketua-ketua kerajaan ASEAN bersidang kelak.

Mengupas konsep kesederhanaan yang sememangnya telah diterima dalam kalangan negara ASEAN, perdana menteri berkata ia perlu terus dipupuk dalam usaha mengekalkan keamanan dan kedamaian serantau.

“Ia perlu diterap dalam mesej atau naratif ketika sidang-sidang ASEAN bagi mengingatkan kita semua bahawa kalau rantau ini ingin kekal aman dan damai, kita mesti menolak fahaman fanatik, ekstremis dan militan,” katanya.


Beliau menarik perhatian bahawa fahaman menyeleweng seumpama itu bukan merupakan ajaran sebenar mana-mana agama.

Dalam konteks ASEAN, Najib berkata pelbagai agama dan fahaman diamalkan namun ia tidak harus menjurus kepada timbulnya konflik atau perbalahan.

“Inilah mesej yang kita cuba terapkan bukan sahaja semasa Malaysia menjadi pengerusi ASEAN pada 2015 tetapi untuk tempoh berterusan,” kata Najib.

Bertemakan ‘Rakyat Kita, Komuniti Kita, Wawasan Kita’, wawasan Malaysia sebagai pengerusi ASEAN yang disandang sejak 1 Jan ialah untuk mewujudkan ‘ASEAN Berpaksikan Rakyat’ melibatkan semua sektor masyarakat dalam aktiviti-aktiviti kumpulan ini.

ASEAN dianggotai Brunei Darussalam, Filipina, Indonesia, Kemboja, Laos, Malaysia, Myanmar, Singapura, Thailand dan Vietnam. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori