PENYANYI popular Taylor Swift berkongsi berita sedih mengenai ibunya di laman sosial Tumblr semalam.
Taylor memberitahu ibunya, Andrea Finlay sah menghidap penyakit kanser.
Penyanyi lagu Style itu pada mulanya mahu merahsiakan perkara tersebut tetapi akhirnya berkongsi berita itu atas permintaan ibunya sendiri.
Menerusi cara ini, ibu Taylor berharap semua peminatnya akan lebih peka terhadap kepentingan pemeriksaan kesihatan memandangkan diagnosis awal boleh membuatkan pesakit kanser diselamatkan.
Sememangnya nasihat tersebut amat benar sekali kerana kebanyakan pesakit kanser tidak dapat diselamatkan apabila ianya hanya diketahui pada peringkat sudah bahaya.
Apa pun, semoga ibu Taylor dan semua pesakit kanser serta keluarga mereka tabah menerima dugaan berupa penyakit berbahaya ini.
– MYNEWSHUB.CC
Oleh: SYFQAKHIR