Monday, January 20, 2025

Creating liberating content

Agong Berkenan Lawat Kampung...

Cameron Highlands : Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan...

FPDA Platform Hadapi Ancaman...

SINGAPURA - Perjanjian Pertahanan Lima Negara (FPDA) akan menjadi satu lagi platform penting...

Brooklyn Beckham Bercinta Dengan...

ANAK sulung pemain bola sepak dunia, David Beckham iaitu Brooklyn Beckham dikatakan sudah...

Pemandu Berdepan Detik Cemas...

IPOH - Seorang pemandu kontena berdepan detik cemas apabila lori yang dipandunya terbakar...

Tema Jihad Dalam Khutbah Jumaat Untuk Elak Terjebak IS

KUALA LUMPUR – Tema jihad akan digunakan dalam penyampaian khutbah Jumaat sekurang-kurangnya sebulan sekali selepas ini untuk memberi penerangan yang tepat berhubung konsep jihad sebenar mengikut syariat Islam.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata usaha itu untuk mengekang pemikiran radikal dan ekstremisme dalam kalangan rakyat sekali gus mengelak individu di negara ini menyertai kumpulan militan IS di Syria.

“Sebelum ini memang sudah ada, namun ia dibuat secara bermusim dalam khutbah Jumaat. Jadi kita akan laksanakan secara lebih kerap selepas ini kerana apabila kita ulang banyak kali, ia akan lebih dapat diserap dalam minda masyarakat Islam,” katanya dalam sidang media selepas merasmikan Seminar Kelestarian Negara di Institut Tadbiran Awam Negara (Intan) di sini, semalam.

Jamil Khir berkata penerangan jihad menerusi khutbah Jumaat itu boleh memperbetulkan salah tafsir kebanyakan umat Islam di negara ini terhadap konsep jihad dalam Islam.

Beliau berkata ini kerana jihad bukan hanya pergi berperang sahaja dengan cara ekstrem seperti IS bahkan konsep jihad amat luas iaitu seperti melawan hawa nafsu dan berjihad memartabatkan Islam termasuk memajukan negara.

Mengulas mengenai remaja perempuan berusia 14 tahun yang ditahan kerana disyaki menyertai jihad IS di Syria, Jamil Khir berkata wanita kesunyian sering kali mudah terpengaruh terhadap perjuangan jihad yang dibawa oleh kumpulan militan itu.

Beliau berkata ini kerana wanita sedemikian dilihat mempunyai pegangan yang rapuh termasuk sering kali menghabiskan masa melayari internet dan media massa kerana propaganda IS itu disebarkan melalui medium tersebut.


“Kebiasaannya wanita yang sunyi ini tidak boleh tidur pada waktu tengah malam. Mereka akan berjaga dan melihat Facebook masing-masing sekitar jam 2 atau 3 pagi.

“Biasanya waktu itu media sosial tidak sibuk dan pada waktu itulah anggota gerakan militan ini mencari mangsa dan mempengaruhi wanita terbabit,” katanya.

Lebih 500 penjawat awam menghadiri seminar sehari yang bertemakan ‘Cabaran Fahaman Radikal dan Ekstremisme Terhadap Keselamatan Negara’ untuk memberi pemahaman dan pengetahuan kepada penjawat awam berkaitan konsep jihad sebenar.

Sementara itu, Jamil Khir berkata Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia dan Majlis Keselamatan Negara telah mencetak 20,000 naskhah buku bertajuk ‘Jihad dan Konsepnya’ setebal 24 muka surat untuk diedarkan kepada umum.

Buku itu turut diedarkan kepada peserta seminar itu. – BERNAMA

https://youtu.be/7z4V74auMzk

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori