KALAU anda berkesempatan menonton Anugerah Bintang Popular 2014 (ABP 2014) yang berlangsung Ahad lalu, pasti anda menyedari momen “krik krik” di mana penyanyi Atilia Haron terpaksa berkongsi mikrofon dengan ibunya, Salamiah Hassan gara-gara masalah teknikal.
Atilia melahirkan rasa terkilannya dengan insiden tersebut kerana pihak produksi yang terlibat seakan-akan tidak mengambil berat masalah teknikal yang dialami mereka pada ketika itu.
Memetik laporan mStarĆāĆĀ Atilia berkata, “Secara jujurnya memang saya rasa terkilan kerana produksi tidak ambil berat tentang masalah teknikal seperti itu sehingga menjejaskan persembahan kami. Bukan senang saya dan mama dapat buat persembahan di pentas seperti itu, sesekali dapat, begini pula jadinya.
“Jangan terlalu ambil remeh tentang perkara melibatkan teknikal kerana ia boleh mencacatkan keseluruhan majlis. Sudah tentu saya sangat kecewa, saya kasihankan mama yang benar-benar teruja untuk beri persembahan terbaik malam itu.”
Walaupun persembahan mereka dicacatkan dengan kegagalan mikrofon untuk berfungsi, namun rata-rata peminat memberikan komen positif terhadap persembahan mereka yang disifatkan menggambarkan tema semarakkan cinta apabila pasangan anak beranak ini berkongsi mic dalam majlis anugerah tahunan itu.
“Alhamdulillah, persembahan itu tidak menerima kritikan, malah ada yang anggap kami sweet kerana berkongsi mikrofon. Namun saya berharap selepas ini pihak penganjur perlu ambil berat tentang perkara itu,” katanya lagi.
– MYNEWSHUB.CC