Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

Laporan Psikiatrik Rizalman Sudah...

Penilaian psikiatrik terhadap bekas atase tentera Muhammad Rizalman Ismail telahpun siap, kata Panglima...

Rakyat Malaysia Suka Tempat...

KUALA LUMPUR ā€“ Rakyat Malaysia menghabiskan lebih banyak masa di tempat kerja daripada...

Operasi Kawalan Harga KPDNKK...

KUALA LUMPUR - Operasi pemantauan dan kawalan harga oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri,...

“Saya Tidak Pernah Ada...

KUALA LUMPUR - Isteri perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor menegaskan bahawa beliau...

TH Bayar Zakat Perniagaan RM5.63 Juta Kepada PPZ-MAIWP

PUTRAJAYA – Lembaga Tabung Haji (TH) hari ini menyerahkan zakat perniagaan bagi tahun kewangan berakhir 2014 berjumlah RM5.63 juta kepada Pusat Pungutan Zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP).

Penyerahan zakat dalam bentuk cek itu disampaikan Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif TH Tan Sri Ismee Ismail kepada Pengerusi PPZ-MAIWP Datuk Che Mat Ali.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom menyaksikan majlis penyerahan zakat itu yang diadakan di pejabatnya di sini.

Kenyataan TH menyebut, pembayaran zakat bagi Wilayah Persekutuan tahun lepas mencatat peningkatan sebanyak 11.6 peratus atau RM584,480, berbanding RM5.04 juta pada 2013.


Sementara itu, jumlah keseluruhan zakat perniagaan TH untuk tahun kewangan 2014 yang akan dibayar kepada pusat-pusat pungutan zakat di seluruh negara adalah berjumlah RM49.87 juta.

Selain pembayaran kepada pusat-pusat zakat, TH turut mengagihkan zakat organisasi itu secara terus kepada golongan asnaf di seluruh negara melalui program tanggungjawab sosial korporat. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • Zakat

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori