Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Wanita Cedera Nahas Bas...

BATU PAHAT - Wanita yang cedera dalam nahas bas di Chiang Mai, utara...

Brad Pitt Minta Maaf...

AKTOR Brad Pitt akhirnya memohon kemaafan daripada bekas isterinya, Jennifer Aniston kerana menceraikan aktres...

Bakal Agong Hadiri Majlis...

TUAH... Kemeriahan majlis perkahwinan pasangan bisu di Dewan Mentiga Perkampungan Sungai Isap 2...

Kekurangan Ruang, Flat Ditebuk...

KEBIASAANNYA tak ramai yang sukakan kediaman mereka berada di tengah-tengah kesibukan kota raya...

Tiada Laporan Polis Berhubung GST Setakat Ini

PUTRAJAYA – Tiada laporan polis dibuat berhubung ketidakpuasan pengguna mengenai Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) sejak dilaksanakan 1 April, kata Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Alias Ahmad.

Beliau berkata maklumat itu diperoleh pihaknya secara lisan daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM) hari ini.

Katanya keadaan itu jelas menunjukkan bahawa rakyat di negara ini semakin menerima baik pelaksanaan GST.

“Sejak hari pertama dilaksanakan sehingga sekarang pelaksanaan CBP semakin hari semakin bertambah baik,” katanya dalam sidang media bersama Pengarah Bahagian GST Jabatan Kastam Diraja Malaysia Datuk T.Subromaniam mengenai GST di sini, hari ini.

Alias dalam pada itu berkata gaji pekerja sektor perhotelan dan restoran tidak seharusnya mengalami penurunan jika caj perkhidmatan dimansuhkan.

Katanya penurunan gaji berkenaan boleh dielak jika majikan mengubah struktur gaji mengikut “standard universal” selain melaksanakan dasar gaji minimum.

“Caj perkhidmatan ini adalah untuk menampung gaji, elaun tapi kalau struktur gaji diubah suai ikut keperluan sistem gaji semasa atau gaji minimum isu ini tidak akan timbul,” katanya.

Alias mengulas kenyataan Pengarah Eksekutif Persekutuan Majikan-Majikan Malaysia (MEF) Datuk Shamsuddin Bardan yang mendakwa pekerja industri perhotelan dan restoran bakal mengalami penurunan kadar gaji sebanyak 70 peratus daripada keseluruhan gaji mereka sekiranya caj perkhidmatan dihapuskan.


Shamsuddin berkata berdasarkan amalan, sebanyak 90 peratus daripada caj perkhidmatan yang dikenakan diberi kepada pekerja, sementara baki sebanyak 10 peratus akan diambil oleh majikan untuk menampung kos-kos tertentu.

Alias berkata satu mesyuarat dengan badan bukan kerajaan (NGO) termasuk yang berkaitan dengan kepenggunaan serta kesatuan pekerja perhotelan dan restoran akan diadakan Isnin depan bagi membincangkan isu caj perkhidmatan.

“Kita harap mesyuarat Isnin depan akan ada satu pandangan baharu.

Kita tidak mahu membuat keputusan yang “unilateral”, kita kena libatkan semua pihak untuk adil kepada pengguna, pekerja dan majikan,” jelas Alias.

Sementara itu, Subromanian berkata sehingga semalam (15 April) sebanyak 370,864 perniagaan dengan perolehan melebihi RM500,000 setahun telah berdaftar dengan GST. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • GST

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori