Tuesday, January 21, 2025

Creating liberating content

Kita ‘Buang’ RM20 Juta...

TERBUANG... Purata pembaziran RM2 setiap orang di bazar Ramadan menjadikan jumlah keseluruhan ‘duit...

Malaysia Mohon Tambahan 5,000...

PUTRAJAYA: Malaysia memohon tambahan 5,000 lagi kuota jemaah haji daripada Kerajaan Arab Saudi.Ikuti...

Sebastian Kurz Bakal Jadi...

VIENNA - Ketua Parti Rakyat (OVP), Sebastian Kurz dijangka menjadi pemimpin termuda memandangkan...

2 Penganggur Dipenjara 7...

JOHOR BAHRU - Dua penganggur dijatuhi hukuman penjara tujuh bulan oleh Mahkamah Majistret,...

Tiada Sebab Untuk Lepas Jawatan MB – Mukhriz

AYER HITAM – Datuk Seri Mukhriz Mahathir menegaskan tiada sebab untuknya melepaskan jawatan Menteri Besar Kedah hanya kerana belum membuat ketetapan mengenai sokongan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Malah, beliau turut menegaskan bahawa jawatan Menteri Besar yang disandangnya kini adalah amanah yang dipertanggungjawabkan daripada Perdana Menteri dan rakyat sendiri.

“Saya rasa tak ada sebab untuk saya lepaskan (jawatan Menteri Besar)…jawatan ini pun amanah daripada Perdana Menteri dan amanah rakyat.

Jadi tak timbul sebarang masalah yang begitu besar yang memerlukan saya meletakkan jawatan,” katanya ketika ditemui pada Majlis Perasmian Program Jalinan Tani di sini, sebentar tadi.


Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Lada yang mendesaknya melepaskan jawatan kerana tidak memutuskan sokongan terhadap Perdana Menteri.

Berdasarkan maklumat, UMNO Kedah akan bermesyuarat pada 24 April ini untuk mencapai kata putus berhubung isu terbabit. – Berita Harian Online

https://youtu.be/H49kGoIuKYA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori