Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Pak Lah Sihat Sedang...

PUTRAJAYA – Bekas Setiausaha Akhbar kepada Tun Abdullah Ahmad Badawi, Izad Raya menafikan...

PRN Johor: BERSATU Pertahan...

KUALA TERENGGANU : Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) membayangkan mempertahankan 11 kerusi Dewan...

2 Perenggan, Eksibit Dimasuk...

PUTRAJAYA - Mahkamah Rayuan hari ini memasukkan semula dua perenggan dan dua eksibit...

3 Anggota Search Diperintah...

SHAH ALAM - Tiga ahli kumpulan rock Search diperintahkan membayar ganti rugi berjumlah...

Tindakan Tegas Terhadap Peniaga Cuba Sabotaj GST – Hasan

KOTA BAHARU – Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Hasan Malek hari ini memberi amaran kepada peniaga-peniaga bahawa mereka akan dikenakan tindakan tegas jika cuba mensabotaj pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) di negara ini.

Beliau berkata kementerian itu dan Polis DiRaja Malaysia sentiasa memantau peniaga selepas GST dilaksanakan pada Rabu lepa.

“Jika terbukti usaha mereka menyalahi undang-undang, pihak polis akan ambil tindakan. Saya cukup yakin kemantangan fikiran rakyat dan sebahagian besarnya boleh terima sistem GST,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri majlis Sembang Pengguna dan majlis penyampaian hadiah Jom Selfie Kempen Beli Barangan Malaysia di sini, hari ini.

Pada majlis berkenaan, Suria Abdullah, 28, dari Kampung Banggu di sini, menerima wang tunai RM2,000 serta sijil penghargaan setelah berjaya menjadi johan pertandingan Jom Selfie! Kempen Beli Barangan Malaysia.


Hasan berkata mereka yang mengetahui mengenai gerakan mensabotaj pelaksanaan GST perlu untuk membuat aduan terus kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) supaya tindakan segera dapat diambil.

“Saya minta rakyat yang dengar, lihat atau tahu sesuatu cubaan untuk sabotaj supaya terus maklum kepada pihak kita (KPDNKK),” katanya.

Semalam, sebuah portal berita tempatan melaporkan terdapat gerakan pihak tertentu yang bermotifkan politik untuk mensabotaj pelaksanaan GST.

Presiden Pertubuhan Jaringan Cina Malaysia Ng Lum Yong dilaporkan berkata pihaknya mendapati banyak kedai runcit, pasar mini dan restoran meletakkan tanda NO GST (Tiada GST) bertujuan menipu pelanggan kononnya mereka tidak mengenakan sistem cukai baharu itu ke atas barang yang dijual. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori