Sunday, January 19, 2025

Creating liberating content

Akan Hadirkah Musa Ke...

KOTA KINABALU - Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah akan mengadakan persidangan khas pada...

Bayi 5 Bulan Terperangkap...

SEREMBAN - Seramai sembilan orang termasuk bayi berusia lima bulan terperangkap dalam kereta...

Tipu Tanah Wakaf: Bekas...

MELAKA – Bekas pengerusi Masjid Al-Hamideen, Bukit Cina, mengaku tidak bersalah di Mahkamah...

Jurukamera Al Jazeera Terbunuh...

GAZA CITY : Seorang pengamal media terbunuh manakala rakan sekerjanya cedera dalam serangan...

Tinggal Mayat Tepi Jalan Kerana Berebut Tanah

Amravati, India – Mayat seorang wanita yang dalam perjalanan untuk dikebumikan di sini ditinggalkan di tepi jalan kelmarin selepas ahli keluarga mendiang bergaduh kerana berebut tanah.

Mangsa, Lakshmi meninggal dunia kerana membunuh diri dengan meminum racun pada 15 April lalu selepas bertengkar dengan suaminya.

Pertengkaran itu tercetus selepas suaminya, A Gopala Rao mendesak Lakshmi menuntut tanah bapanya.

Bapa wanita itu enggan menurut permintaan menantunya sekali gus menyebabkan mereka berbalah.

Harga tanah di Amravati meningkat mendadak selepas rancangan untuk menjadikan bandar itu ibu negeri baru Andhra Pradesh.

Selepas kematian Lakshmi keluarga wanita itu mendesak Gopala Rao mendaftarkan tanah dan rumah miliknya atas nama anak-anaknya tetapi tidak dipersetujui lelaki itu.


Perbalahan kedua-dua pihak itu semakin memuncak dan menyebabkan upacara pengebumian Lakshmi tertangguh beberapa hari.

Ketika mayat Lakshmi dibawa untuk dibakar, pertengkaran kembali tercetus menyebabkan ahli keluarganya meninggalkan mayat wanita itu di tepi jalan dan pulang ke rumah.

Upacara membakar mayat Lakshmi akhirnya dilakukan saudara maranya yang lain selepas ahli keluarga mendiang masih enggan beralah. – Agensi

https://www.youtube.com/watch?v=CGzj8hPIP8w

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori