Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

Serangan Virus Selesema Burung...

HUNAN - China melaporkan penemuan kes selesema burung di sebuah ladang di bandar...

Keamanan Bukan Sesuatu Yang...

MELAKA - Keamanan dan keharmonian yang dikecapi negara khususnya negeri Melaka bukan sesuatu...

Perbicaraan Kes Bekas CEO...

KUALA LUMPUR - Perbicaraan kes menerima suapan, menyalahgunakan kuasa dan bersubahat membabitkan bekas...

Muhyiddin Diingatkan Jangan Jadi...

KUALA LUMPUR - Bekas Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin berhak...

TMJ Mahu Bina Stadium Ala Allianz Arena Di Johor

KUALA LUMPUR – Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ) berhasrat membina sebuah stadium seperti Stadium Allianz Arena di Bayern Munich, Jerman di Johor.

Presiden PBNJ, Tunku Ismail Sultan Ibrahim bertitah, beliau mahukan sebuah stadium di Johor yang berkonsep seperti stadium bertaraf antarabangsa tersebut.

“Saya sangat berminat kepada Stadium Allianz Arena di Bayern Munich dan sangat berharap dapat membina sebuah stadium yang menggunakan konsep yang sama.

“Saya akan memastikan semua ini akan tercapai. Semua ini adalah demi pembangunan bola sepak negeri Johor,” titah baginda dalam satu kenyataan hari ini.

Titah Tunku Ismail, stadium bukan dinilai berdasarkan kapasiti penonton sebaliknya berdasarkan kepada infrastruktur dan kemudahan canggih di dalamnya.


“Buat masa ini saya baru melihat 40 peratus bahagian stadium dinaik taraf. Masih ada lagi 60 peratus lagi yang perlu diperbaiki.

“Ia bertujuan menjadikan atau mencapai matlamat stadium paling canggih di Asia Tenggara,” titah baginda.

– MYNEWSHUB.CC

https://youtu.be/MQNxFbbYISI

  • Lagi berita berkaitan:
  • TMJ

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori