Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Kejam….Perut Ibu Dibelah Untuk...

BAYI perempuan ini baru berusia beberapa hari tetapi dia telah mengalami kejadian paling...

Aura Ucapan Tegas Najib...

BAGI yang rajin suka baca cerita politik ‘kedai kopi’ menerusi Facebook, portal berita...

Pengarah Filem Australia Didakwa...

PHNOM PENH - Pengarah filem dari Australia, James Ricketson yang ditahan di bandar...

Gas Malaysia Semak Semula...

KUALA LUMPUR - Gas Malaysia Bhd hari ini mengumumkan semakan tarif asas gas...

Tuan Ibrahim Suruh Sokong PKR, Hadi Restui Tidak Sokong

KUALA LUMPUR – Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man bercanggah pendapat dengan Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berhubung sokongan ke atas Parti Keadilan Rakyat (PKR) dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Permatang Pauh.

Tuan Ibrahim yang merupakan Ahli Majlis Syura Ulama PAS semalam menyeru semua ahli PAS yang berdaftar sebagai pengundi di Permatang Pauh supaya memberi undi kepada calon PKR dalam pilihan raya tersebut.

Kata Tuan Ibrahim, keputusan untuk PAS memberi kerjasama dalam PRK Permatang Pauh adalah keputusan yang melibatkan hukum syarak.

Bagaimanapun, Abdul Hadi dalam satu kenyataan hari ini merestui pendirian ahlinya di Permatang Pauh yang akan memboikot PKR dalam PRK Permatang Pauh kerana PKR dianggap menolak undang-undang Islam.

“Isu sokongan kepada Enakmen Kanun Jenayah Syariah Kelantan, kita menyeru Ahli Parlimen muslim menyokongnya, tetapi kita tidak boleh memaksa mereka untuk menyokongnya.


“PAS menerima penjelasan PKR dan memahami pendirian mereka yang tidak menolak syariat Allah yang menjadi kewajipan bagi umat Islam. Perbezaannya ialah soal pendekatan dalam membawa usul dan pelaksanaannya.

“Isu kontroversi yang melibatkan hukum mesti dirujuk kepada pendirian rasmi Majlis Syura Ulama PAS dan pendirian rasmi Dewan Ulama PAS kerana ia mempunyai implikasi besar,” katanya Tuan Ibrahim dalam satu kenyataan semalam.

Abdul Hadi hari ini pula menegaskan beliau merestui pendirian PAS Permatang Pauh yang akan memboikot kempen PKR dalam PRK Permatang Pauh atas alasan parti itu menolak undang-undang hudud. – MYNEWSHUB.cc

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori