Tuesday, January 28, 2025

Creating liberating content

SKMM Ambil Tindakan Berhubung...

KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) serta penyedia perkhidmatan sedang...

Poster Filem Dikecam, Ini...

SELEPAS 20 tahun, adakah filem Pencuri Hati Mr Cinderella bakal menyaingi fenomena drama...

Najib Luang Masa Lawat...

KUALA LUMPUR - Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak meluangkan masa kira-kira...

Sindiket Dadah Di Myanmar,...

YANGON - Tujuh lagi suspek termasuk warga asing ditahan kerana dipercayai terbabit dalam...

TUDM Bawa Pulang 102 Rakyat Malaysia Di Nepal

KUALA LUMPUR – Sebanyak 102 rakyat Malaysia menaiki pesawat C-130 milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Tribhuvan di Kathmandu, Nepal hari ini.

Timbalan Panglima TUDM, Leftenan Jeneral Datuk Seri Che Akmar Mohd Nor berkata pesawat itu kini dalam perjalanan ke Kolkata, India dan dijangka tiba di Pangkalan TUDM Subang malam ini, bergantung kepada keadaan penerbangan.

“TUDM bersedia untuk meneruskan kerjasama dengan Majlis Keselamatan Negara (MKN) sekiranya masih terdapat keperluaan untuk menggunakan pesawat TUDM bagi membawa pulang rakyat Malaysia mahupun menghantar bantuan bekalan keperluan ke Nepal,” katanya kepada Bernama hari ini.

Beliau berkata setakat ini, TUDM belum menerima pemohonan baharu daripada MKN untuk operasi berikutnya.

Che Akmar berkata kelewatan sehari jadual penerbangan disebabkan oleh faktor kesesakan trafik udara pesawat bantuan dan komersial keluar masuk dari Kathmandu.


Pasukannya tidak berhadapan dengan apa-apa masalah lain dalam menjalankan misi berkenaan, katanya.

Gempa bumi berukuran 7.9 pada skala Richter melanda Nepal di kawasan antara ibu negaranya Kathmandu dengan bandar Pokhara pada 2.56 petang (waktu Malaysia) pada Sabtu. Beberapa kejadian gempa susulan turut berlaku.

Setakat ini, tragedi gempa bumi paling teruk melanda Nepal dalam tempoh 81 tahun itu, mencatatkan 4,200 kematian dan lebih 7,000 orang cedera.

Terdahulu, Che Akmar menyempurnakan upacara pemakaian pangkat pegawai kehormat kepada lima pegawai Pasukan Simpanan Sukarelawan TUDM (PSSTUDM) terdiri daripada ahli akademik dan tokoh perniagaan. – BERNAMA\

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori