Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

14,554 Kes Positif COVID-19...

KUALA LUMPUR - Kes jangkitan COVID-19 di negara ini merekodkan sedikit peningkatan berbanding...

4 Mac: Dunia Islam...

PADA tanggal 4 Mac 1193M kira-kira 825 tahun lalu, dunia Islam menangisi gugurnya...

Gila! Potong Kemaluan Anak...

KEJAM! Ini sahaja perkataan yang terkeluar kepada wanita ini bagi menggambarkan tindakan tidak...

Edisi Khas Charlie Hebdo...

PARIS – Tidak pasti sama ada tanda simpati atau sekadar mahu membaca, majalah...

Tulang Hidung Retak, Rusuk Patah Ditendang Awie – Rozana

Dalam satu kenyataan di Mahkamah Majistret semalam, Rozana Misbun iaitu isteri kepada vokalis kumpulan Wings, Awie berkata, dua tulang rusuk bahagian kirinya patah manakala tulang hidungnya retak akibat dipukul suaminya.

[TERDAHULU: Awie Gagal Tuntut RM1 Juta Dari Rozana Misbun]

Ujarnya lanjut, dalam kejadian sama, penyanyi lagu Sejati itu turut didakwa menumbuk mukanya bertubi-tubi selepas mereka berselisih faham.

Kejadian tersebut dikatakan berlaku setelah Awie menuduh isterinya itu mencuri wang, walaupun telah diterangkan Rozana bahawa dia menggunakannya untuk perbelanjaan keluarga.

Rozana-Awie

Memetik kenyataan Rozana seperti yang “Ketika kejadian, berlaku perselisihan faham di antara kami di dalam bilik pembantu rumah kami selepas dia menuduh saya menggunakan wangnya tanpa kebenaran.

“Saya menjelaskan wang berkenaan digunakan untuk perbelanjaan keluarga namun dia tidak percaya sebelum menumbuk wajah saya bertubi-tubi terutama pada bahagian hidung.”

Tambahnya lagi, selain dari menendang di bahagian rusuk, Awie turut memijak tubuhnya menggunakan kaki. Malah, Awie dikatakan menendang bahagian mukanya ketika rebah.

Kenyataan tersebut dibuat Rozana bagi menjawab soalan Timbalan Pendakwa Raya, Goh Ai Reen pada hari kelima perbicaraan kes tersebut.


Dalam pada itu, Awie atau nama sebenarnya Ahmad Azhar Othman, 47, dilihat tenang ketika mendengar keterangan dari pihak isterinya itu, dan sesekali menggeleng kepala.

Mengikut pertuduhan, dia didakwa atas kesalahan mendatangkan kecederaan kepada isterinya, Rozana Misbun pada 2 Jun tahun lalu di kediaman mereka di Ukay Perdana, Hulu Kelang.

Pendakwaan terhadapnya dikemukakan mengikut Seksyen 325 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksima selama 7 tahun dan denda andai sabit kesalahan.

– MYNEWSHUB.CC

Wings – Sejati

https://www.youtube.com/watch?v=b3MS4AIaoaY

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori