Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Jepun Singkir Atlet Langgan...

JAKARTA - Jepun menghantar pulang empat pemain bola keranjang daripada Sukan Asia Jakarta-Palembang...

FAMA Sasar RM200 Juta...

YAN - Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) menyasarkan nilai eksport durian sejuk beku...

Kursus Praperkahwinan Mungkin Diwajibkan...

KUALA LUMPUR: Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) dalam proses menyediakan kertas...

Ramai Rakyat Malaysia Mula...

PUTRAJAYA - Kajian Kementerian Kesihatan mendapati ramai rakyat Malaysia hanya mula bersenam apabila...

Tun M Patut Bincang Dengan Pemimpin BN Dulu.. – PPP

KUALA LUMPUR – Parti Progresif Penduduk (PPP) mencadangkan agar Tun Dr Mahathir Mohamad membincangkan sebarang isu dengan pemimpin komponen Barisan Nasional (BN) terlebih dahulu daripada terus melemparkan kritikan terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Presiden PPP Tan Sri M. Kayveas berkata isu yang dibangkitkan oleh bekas Perdana Menteri itu boleh diselesaikan secara baik jika perbincangan diadakan.

“Kami sayang Tun M. Apa yang diperkatakan beliau (Dr Mahathir) sangat penting kepada kita semua tetapi dia harus memaklumkan kepada kami (terlebih dahulu) sebelum membangkitkan (apa-apa isu) di khalayak ramai,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Ulang Tahun ke-62 PPP, di ibu pejabat parti berkenaan, di sini hari ini.


Kayveas juga mengisytiharkan pendirian PPP untuk terus menyokong kepimpinan Najib sebagai perdana menteri dan juga Pengerusi BN.

“Rakyat telah memberi mandat kepada Najib, maka biarkan beliau menyelesaikannya dan berhenti mengkritiknya.. kami tidak akan mengubah kesetiaan kami. Kami akan sentiasa menyokong kepimpinan Najib,” katanya.

Beliau juga berkata Najib telah memberi penjelasan yang baik kepada beberapa isu yang dibangkitkan oleh pelbagai pihak termasuk oleh Dr Mahathir semasa program Soal Jawab TV3 Edisi Khas, malam tadi. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori