Tuesday, January 21, 2025

Creating liberating content

Mendiang Yuen Yuet Leng...

NILAI - Mayat bekas Ketua Polis Perak, mendiang Tan Sri Yuen Yuet Leng,...

Giat Mara Tolak Naik...

IPOH - Cadangan Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) untuk menaikkan umur...

‘Kita Sedia Atur Jumpa...

DUNGUN: Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Terengganu bersedia mengatur pertemuan antara suami wanita...

Video Berahi Tersebar, Fathia...

TULAR sejak kelmarin video memaparkan tarian berahi yang didakwa dilakukan oleh pelakon terkenal,...

Tun M: Peluang BN Untuk Menang Di Permatang Pauh Cerah

MANTAN Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mengatakan Barisan Nasional (BN) mempunyai peluang yang cerah untuk memenangi kerusi Parlimen Permatang Pauh.

Ini kerana menurut beliau, Pakatan Rakyat (PR) kini sedang berhadapan dengan masalah dalaman yang serius terutamanya berkaitan dengan pelaksanaan undang-undang Hudud.

Sehubungan itu, Tun M menyatakan BN tidak memerlukan sebarang bantuan daripada pihak beliau untuk berkempen.

Memetik Rakyat Post, Tun M berkata, “tidak, saya tak fikir mereka (BN) perlukan bantuan saya. (Tetapi) saya fikir mereka mempeluang untuk menang.”

“Sebab isu hudud, PKR tak sokong. Jadi PAS mungkin tidak akan bantu. Maka ia boleh beri peluang (pada BN),” katanya.

Pilihan Raya Kecil (PRK) Permatang Pauh bakal menyaksikan pertembungan empat penjuru di antara calon PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Suhaimi Sabudin (BN), Azman Shah (PRM) dan calon bebas Salleh Isahak.


Hari pengundian telah ditetapkan pada 7 Mei ini (Khamis).

NEWS

Kerusi Parlimen Permatang Pauh diumumkan kosong selepas penyandangnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim hilang kelayakan sebagai Ahli Parlimen setelah Lembaga Pengampunan menolak petisyen pengampunan beliau. – MYNEWSHUB.CC

Oleh:  IMANI

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori