TWITTER sebelum ini telah menawarkan fungsi yang membolehkan pengguna melihat sebarang tweet popular yang terlepas ketika  Twitter ditinggalkan sebentar dengan memaparkannya pada garis masa di aplikasi Android.
Kini, fungsi tersebut dibawa setapak ke hadapan menerusi Highlights.
Melalui Highlights, Twitter akan menghantar notifikasi dua kali sehari kepada pengguna, di mana mereka boleh mengikuti ringkasan tweet harian yang popular dan mencetus trending.
Pengguna kemudian boleh membuka notifikasi berkenaan seterusnya mengikuti tweet yang trending di kalangan rakan-rakan mereka itu.
Highlights bakal diperkenalkan kepada pengguna yang menggunakan bahasa Inggeris terlebih dahulu menerusi platform Android, sebelum diperluaskan kepada semua tidak lama lagi.
– MYNEWSHUB.CC
Introducing Highlights. Get the best of Twitter every day, sent to your Android device: https://t.co/9ZUWgX9lcC pic.twitter.com/sYuu7YUO4D
 Twitter (@twitter) April 23, 2015
Sumber: Twitter