Monday, January 27, 2025

Creating liberating content

Geng Kacang Tumpas, Tiga...

PENDANG - Polis berjaya menumpaskan kumpulan pecah rumah dikenali 'Geng Kacang' yang aktif...

NGO Pembangkang ‘Syok Sendiri’...

PETALING JAYA - Perhimpunan haram anjuran pembangkang di sini menyaksikan beberapa NGO antikerajaan...

Video: Lelaki ‘Gila’ Suka...

RAKAMAN video memaparkan seorang wanita yang sedang berjalan kaki ditendang seorang lelaki tidak...

Mengapa Bandar Drogheda, Ireland...

KEBULURAN kentang atau 'potato famine' antara 1845 hingga 1849 di Ireland merupakan malapetaka...

Umat Islam Kuat Tegak Islam Selagi Berpegang Kepada Al-Quran

BANDA ACEH – Umat Islam akan mempunyai kekuatan dalam menegakkan ajaran agama itu serta hidup aman selagi berpegang kepada Al-Quran dan Hadith, titah Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail.

Menurut baginda pendekatan ‘wassatiyah’ (sederhana), tidak melampau dan tidak cuai melaksanakan ajaran Islam adalah asas pegangan umat Islam yang dapat meletakkan penganut Islam pada tempat sepatutnya.

“Sumber utama Islam terkandung dalam Al-Quran dan Hadith dan beramal berlandaskan wassatiyah dapat mencegah umatnya bersikap melampau sehingga sanggup melakukan perkara-perkara yang ditegah agama.

“Dalam bersemangat menegakkan Islam dan terlalu mencintai Nabi Muhammad SAW, kita tidak diajar supaya menghina sahabat-sahabat baginda seperti berlaku dalam ajaran-ajaran tertentu,” tegas baginda.

Tuanku Syed Faizuddin bertitah merasmikan Seminar Wassatiyah anjuran Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) di Universitas Ubudiyah Indonesia (UUI) di sini, petang ini.

Sempena seminar itu yang disertai anggota Majelis Permusyarawatan Ulama (MPU) Aceh dan pelajar UUI diadakan wacana ilmu dalam dua bahagian.

Anggota panel wacana ilmu I terdiri daripada Mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abidin dan bekas Mufti Perlis Dr Juanda Jaya manakala bahagian II membabitkan anggota Jawatankuasa Dakwah, Tarbiah dan Pendidikan MAIPs (selepas peluk Islam) Syah Kirit Kakulai Govinji dan Lim Joi.


Menurut Tuanku Syed Faizuddin golongan manusia yang mudah alpa kerana terlalu mengejar duniawi sehingga melupakan ukhrawi atau akhirat menyebabkan mereka menghalalkan perkara-perkara yang jelas dilarang oleh syariat.

“Kehilangan sifat wassatiyah sebaliknya mewujudkan kelompok yang lebih suka berada di masjid sepanjang masa dan melupakan tanggungjawab membimbing kelompok manusia di luar masjid.

“Wassatiyah sebenarnya dapat mendidik seseorang menjadi Muslim seimbang duniawi dan ukhrawi. Atas kesedaran ini MAIPs menganjurkan Seminar Wassatiyah di Aceh dengan harapan dapat berkongsi ilmu serta melaksanakan pendekatan yang tidak radikal bagi menonjolkan keindahan Islam,” titah baginda.

Sebelum itu pada sebelah pagi Tuanku Syed Faizuddin merangkap Yang DiPertua MAIPs mengetuai delegasi MAIPs mengadakan perbincangan dengan MPU yang diketuai Wakil Ketua II MPU H.M. Daud Zamzany di sini.

Menurut ketua Pegawai Eksekutif MAIPs, Abdul Malik Hussin kedua-dua pihak bertukar pandangan mengenai usaha untuk memartabatkan lagi Islam berpandukan sunnah Nabi Muhammad SAW. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori