Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Maki Pengawal Keselamatan Gara-gara...

KUALA LUMPUR – Gara-gara kad akses tidak dapat digunakan, pemandu BMW bertindak memaki...

Porno Kanak-Kanak: PDRM Kerjasama...

JOHOR BAHRU – Kementerian Dalam Negeri (KDN) sentiasa bekerjasama dengan polis Australia dan...

eDrive DBKL Sedia Beri...

KUALA LUMPUR – Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) sedia memberi kerjasama sekiranya Suruhanjaya...

Polis Serah Waran Tangkap...

KUALA LUMPUR – Sekumpulan anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang...

UMNO Bersikap Terbuka Kerjasama Dengan PAS

GEORGETOWN – Umno Pulau Pulau Pinang mengambil sikap terbuka untuk menjalin kerjasama dengan Pas dalam menghadapi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Permatang Pauh.

Ketua Umno Balik Pulau, Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya berkata, Umno Pulau Pinang menghormati parti lawan itu dan bersedia bekerjasama terutamanya melibatkan kepentingan umat Islam di negeri ini.

“Saya kira satu permulaan baik apabila Umno tidak letak calon bertanding di PRK Dun Cempaka tempoh hari…harap Pas sudi sokong kita di sini dan boleh sama-sama kerja untuk rakyat,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Persekitaran Lestari Taman Negara Pulau Pinang di Teluk Bahang, dekat sini hari ini.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Balik Pulau turut berpendapat BN mempunyai peluang cerah memenangi kerusi Parlimen itu dengan meletakkan calon yang sesuai.

“Yang penting calon jangan ada masalah, rekod kena bagus kalau ada calon sesuai boleh menang mudah…Insya-ALLAH,” katanya.

Hilmi yang juga Timbalan Menteri Kesihatan turut berjalan kaki sejauh 3.4 kilometer melalui trek pendaki di Taman Negara Pulau Pinang sebagai sebahagian daripada program mempromosi gaya hidup sihat selain menyaksikan sendiri projek menaik taraf kemudahan di tempat rekreasi itu.


Sementara itu, Pegawai Kemajuan Negeri Pulau Pinang, Syed Shaari Syed Abdullah yang turut hadir pada majlis pelancaran itu berkata, projek bernilai RM2.5 juta yang dikendalikan Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) Jabatan Perdana Menteri itu telah dimulakan Disember tahun lepas.

“Ia meliputi kerja-kerja pembinaan titi, tandas, laluan pejalan kaki dan wakaf rehat yang menghubungkan Sungai Tukun, Titian Kanopi, Teluk Aling, Monkey Beach dan Pantai Kerachut tanpa menjejaskan persekitaran semulajadi laluan mendaki,” katanya.

Beliau berkata projek itu telah berjalan sebanyak 15 peratus dan dijangka siap sepenuhnya November ini. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori