Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Peguam Cabar Sekolah Vernakular...

KUALA LUMPUR - Seorang peguam memfailkan semula permohonan untuk mencabar sistem sekolah vernakular...

Kekalkan Istilah Semburit –...

KUALA LUMPUR - Perkataan semburit yang menarik perhatian ramai susulan isu penyebaran video...

Jangkitan Virus Beguk Masih...

KUALA LUMPUR - Kementerian Kesihatan mengesahkan jangkitan virus beguk melibatkan atlet temasya Sukan...

Sekolah Di 18 Daerah...

KUCHING - Semua sekolah di 18 daerah yang diletakkan dalam zon merah Covid-19...

UMNO Kelantan Nyata Sokongan Kepada Najib

KUALA LUMPUR – UMNO Kelantan menyatakan sokongan penuh kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk terus menerajui pentadbiran negara.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, Najib telah membuktikan ketokohan sebagai Perdana Menteri untuk semua rakyat Malaysia sejak enam tahun lalu.

Menurutnya, Najib telah melakukan pelbagai pembaharuan termasuk mentransformasikan pentadbiran dan ekonomi negara yang membolehkan Malaysia mendapat pengiktirafan di peringkat antarabangsa.

“Dalam waktu yang sama Malaysia diuji dengan pelbagai tragedi dan Perdana Menteri berkali-kali membuktikan kewibaannya termasuklah dalam menangani tragedi kehilangan pesawat MH370 dan MH17 yang ditembak jatuh.

“Najib amat komited dalam melaksanakan pembaharuan dan pembangunan secara inklsufif. Kelantan turut mendapat pembelaan terutamanya apabila banjir besar melanda pada akhir 2014.

“Perdana Menteri amat prihatin dalam memastikan penduduk yang terjejas akibat banjir kembali menikmati kehidupan yang lebih selesa,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Mustapa yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) berkata, dalam sebuah negara demokrasi setiap orang berhak memberi pandangan dan kritikan tetapi semua pihak perlu memberi pandangan secara adil dan objektif.


Kata beliau, antara isu yang diutarakan seperti 1MDB sedang diaudit dengan teliti oleh Ketua Audit Negara dan Perdana Menteri telah menyatakan jika ada pihak didapati bersalah, pihak berkuasa perlu mengambil tindakan tegas tanpa mengira pangkat dan kedudukan.

Manakala, katanya, berhubung isu berkaitan Koperal Sirul Azhar telah diputuskan oleh mahkamah sebelum ini.

Kata beliau, UMNO Kelantan bagaimanapun mengakui banyak lagi perkara perlu dilakukan untuk mengukuhkan ekonomi dan pentadbiran negara termasuk di Kelantan yang masih memerlukan pembelaan.

“Bagaimanapun, Najib telah melakukan yang terbaik dan beliau adalah pemimpin yang terbaik untuk kita semua pada masa ini,” katanya.

Justeru, katanya, UMNO Kelantan meminta semua pihak memberi kepercayaan kepada Perdana Menteri untuk meneruskan agenda transformasinya kerana beliau mempunyai dasar yang baik dan berkesan untuk masa depan negara. – mynewshub.cc

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori