Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

TMJ Bayar Zakat RM1...

JOHOR BAHRU - Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim berkenan membayar zakat...

BERSATU Usah Ganggu Kerusi...

KUALA LUMPUR - Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) disaran memberi tumpuan kepada kerusi...

Polis Perlis Bantu Isi...

KANGAR - Anggota polis di Perlis digalakkan menderma darah untuk mengisi Tabung Darah...

15 Kes Baharu COVID-19...

PUTRAJAYA - Sebanyak 15 kes baharu COVID-19 yang melibatkan 11 kes penularan dalam negara dan...

Undang-Undang Khas Perlu Untuk Kawal Media Sosial

KUALA LUMPUR – Kerajaan seharusnya menggubal satu undang-undang baharu bagi mengawal pengaliran maklumat dalam media sosial, kata Presiden Persatuan Pesara Kerajaan Malaysia Tan Sri Wan Mahmood Pawan Teh.

Katanya walaupun ada Akta Hasutan dan Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) 1998 yang berperanan memantau aktiviti media sosial, namun ia tidak mencukupi ekoran maklumat tidak sahih yang tersebar secara meluas tanpa kawalan.

“Akta Hasutan 1948 dan Akta MCMC sendiri merangkumi skop yang meluas. Selain memantau aktiviti media sosial, ia turut bertanggungjawab terhadap media cetak dan elektronik.

“Sekiranya wujud satu akta khusus untuk menapis pengaliran maklumat hanya dalam media sosial sahaja, sekurang-kurangnya penyebaran fitnah dan pengaruh negatif dapat dikawal secara sistematik,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Wan Mahmood berkata demikian sebagai mengulas kenyataan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang menyatakan kebimbangan terhadap penyebaran pelbagai maklumat menerusi media sosial, termasuk unsur-unsur lucah yang dibimbangi mempengaruhi minda golongan muda.

Mengakui media sosial dapat menyebarkan maklumat dengan efektif, Wan Mahmood berkata ia juga membahayakan kerana tidak melalui proses tapisan seperti mana media cetak dan elektronik yang mempunyai kepakaran dalam mengenal pasti kesahihannya.


“Selain itu, tiada ‘gatekeeper’ dalam media sosial menyebabkan sebarang maklumat sama ada yang benar ataupun palsu disebarkan dalam sekelip mata sahaja menyebabkan semua orang dapat mencapai maklumat itu dan mempercayainya tanpa mendapat pengesahan,” katanya.

Walaupun pengguna media sosial bebas untuk membincangkan sebarang isu tanpa sekatan, Wan Mahmood berkata mereka perlu berhati-hati kerana apa sahaja yang dikongsikan menerusi media sosial akan tersebar secara meluas.

“Sekiranya sesuatu maklumat itu dikongsi tanpa usul periksa ataupun terlalu mengikut perasaan, ia mungkin akan mengguris perasaan dan sensitiviti orang lain tanpa disedari.

“Oleh itu, pengguna media sosial seharusnya memanfaatkan platform mereka dengan hanya berkongsi maklumat yang tepat dan tidak menyalahgunakannya untuk mencetuskan huru-hara melalui isu-isu sensitif seperti keagamaan dan perkauman,” katanya. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori