Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Omicron: Jangan Panik, Terus...

Kuala Lumpur : Kebanyakan kes yang membabitkan jangkitan Covid-19 varian Omicron dilaporkan di...

‘Lelongan Perceraian’ Russell Crowe...

BINTANG Hollywood, Russell Crowe, 54, telah mengadakan ‘Lelongan perceraian’ terhadap barang-barangnya yang berjaya...

Azizulhasni Awang Terganggu Laporan...

KUALA LUMPUR - Pelumba basikal trek negara, Mohd Azizulhasni Awang hari ini memberikan...

Akaun Peribadi Facebook Si...

WASHINGTON DC – Pihak pengurusan laman sosial popular Facebook akan membekukan akaun penggunanya...

UniSZA Bantu Tingkat Tahap Kesedaran Pendidikan Orang Asli

KUALA TERENGGANU – Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) melalui Pusat Penataran Ilmu (PPI) kini menjalankan projek pemindahan ilmu kepada komuniti dalam usaha meningkatkan tahap pendidikan dalam kalangan Orang Asli di Terengganu.

Pengarah PPI, Dr Ramlee Abdullah berkata buat permulaan, UniSZA telah menjemput 40 orang murid sekolah dan 20 ibu bapa Orang Asli dari Kampung Sungai Berua di Hulu Terengganu untuk melawat kampus UniSZA di Gong Badak bagi menyaksikan sendiri perkembangan dunia pendidikan di negeri ini.

“Aktiviti hari ini adalah program santai dengan kerjasama Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) untuk menyuburkan rasa dan semangat cintakan ilmu agar murid Orang Asli bermotivasi untuk berjaya dalam pendidikan.

“Ini berikutan kurang lima peratus daripada Orang Asli yang berjaya melanjutkan pelajaran ke universiti di seluruh negara setakat ini dan jumlah ini sangat menyedihkan,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan program komuniti ‘Orang Asli Menongkah ke UniSZA’ di sini, Isnin.

Ramlee berkata setakat ini, UniSZA mempunyai lapan pelajar Orang Asli dari seluruh negara namun masih belum ada pelajar kaum itu dari mana-mana perkampungan Orang Asli di Terengganu.


Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Sungai Berua, Alias Pelong berkata beliau mewakili 506 penduduk kampung itu sangat teruja dengan program komuniti yang dijalankan UniSZA.

“Dalam lawatan hari ini, nampaknya anak-anak sangat gembira untuk mengenali kehidupan kampus dengan lebih dekat dan pastinya kami di peringkat kampung akan cuba memberi kerjasama terbaik melalui program ini.

“Dalam perkembangan pantas dunia hari ini, kami tetap bersyukur kerana tidak dipinggirkan dan mahu terus bergerak seiring bersama rakyat Malaysia yang lain terutama dalam bidang pendidikan,” katanya. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori