MASA itu sememangnya emas dan ia tidak boleh dijual beli.
Maka apabila apabila kami melihat video menghidupkan Apple Watch di bawah, kami rasakan masa yang diambil adalah terlalu lama bagi sebuah jam pintar moden iaitu sekitar 70 saat.
Mungkin ada yang mengatakan ini adalah peranti generasi pertama dan masalah seperti ini bolehlah dimaafkan.
Namun, tahukah anda Samsung Galaxy Gear yang juga merupakan jam pintar generasi pertama hanya memerlukan masa sekitar 25 saat untuk dihidupkan.
Beberapa video jam pintar Android Wear generasi pertama juga boleh dihidupkan dalam masa kurang 30 saat.
Sepatutnya masa untuk menghidupkan Apple Watch ini mungkin dapat dipercepatkan dengan kemaskini perisian sebelum ianya hadir di pasaran tempatan.
-MYNEWSHUB.CC