Tuesday, January 21, 2025

Creating liberating content

‘Perlukah Pembunuh Diberi Peluang...

KUALA LUMPUR: "Jika peluang kedua dijadikan alasan untuk pesalah pembunuhan kejam, bagaimana dengan...

Kadar Yuran KTMB i-Card...

KUALA LUMPUR - Yuran tahunan KTMB i-Card Student akan dinaikkan daripada RM30 kepada...

Menteri Nafi Gelar Jurugambar...

KUALA LUMPUR - Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Mohamaddin Ketapi mengakui beliau meminta...

Siri Animasi Nabi-Nabi Dapat...

SIRI ANIMASI NABI-NABI DAPAT SAMBUTAN RAMAI4 sebab dari Diana Amir dan Fara Fauzana, mengapa anda perlu menonton Siri Animasi Kalimullah dan Habibullah di NurflixBermula 10 Ogos lalu, dua siri animasi dengan tajuk Habibullah dan Kalimullah ini telah mula dipertontonkan kepda umum dan rata-rata penonton merasakan kandungan siri sebegini sangat sesuai sebagai tontonan seisi keluarga. Diana Amir selaku Penerbit Eksekutif Nurflix Junior berasa bersyukur kerana siri-siri kenabian ini mula mendapat perhatian bukan sahaja golongan kanak-kanak malahan juga golongan dewasa. Berikut merupakan sebab mengapa anda WAJIB menonton siri-siri ini,menurut Diana Amir dan Fara Fauzana:Sebab Diana Amir:1.Dengan adanya sarikata Bahasa Melayu dalam siri ini, penonton secara tidak langsung dapat membelajari Bahasa Arab dengan lebih mudah dan menyeronokkan (Diana juga sedang dalam proses mempelajari Bahasa Arab). 2.Visual yang menarik dan menghiburkan mampu membuatkan penonton lebih mudah memahami naratif cerita selain usaha pembacaan sendiri.Terdapat banyak fakta menarik yang selalunya jarang diketengahkan . Contohnya: Mengapa Abdul Muttalib digelar Shaybah kerana dari kecil sudah ada uban di kepalanya3.Siri ini mengetengahkan Rasulullah sebagai contoh keperibadian mulia yang wajib menjadi ikutan umat Islam sebagaimana ayat 21 Surah Al-Ahzab “Adalah pada diri Rasulullah itu suri tauladan yang baik”4. Paling penting, apabila penonton memahami dan mengetahuai perjalanan sirah Nabi ini, secara tidak langsung kecintaan kepada Nabi dapat dipupuk dari peringkat kanak-kanak lagi.Akan datang, bakal dipertontonkan di Nurflix; siri tentang Nabi Adam AS (hujung Ogos), Nabi Nuh AS (hujung Ogos), Khalilullah: Nabi Ibrahim AS (pertengahan September), Nabi Yusuf AS (pertengahan September) dan Nabi Sulaiman AS (Oktober).Sebab Fara Fauzana:1. Kisah-kisah Nabi yang menarik tentang Habibullah dan Kalimullah. 2. Kalau kita menonton siri animasi Nabi-Nabi ini, dari sudut video animasi dan penceritaan, bukan sahaja sesuai untuk anak-anak kecil tetapi juga untuk orang dewasa. Memang akan layan habis dengan setiap episod yang dipertontonkan. 3. Setiap kali kita menonton siri animasi ini, kita akan sentiasa tidak sabar untuk melihat episod seterusnya. 4. Kita akan teringat balik apa yang pernah kita baca. Untuk sesetengah orang, bila mahu kembali membaca balik, ada yang malas. Jadi melalui siri ini, kita akan terimbas kembali apa yang pernah dibaca.Tentang Siri Animasi Habibullah dan KalimullahSiri animasi HABIBULLAH ini merupakan kisah perjalanan kehidupan Rasulullah SAW yang akan membawa kita menelusuri sirah nabawiyah secara santai dan menghiburkan.Bahagian pertama kisah ini bermula dari period sebelum kelahirannya Nabi Muhammad saw, kemudian kelahiran dan asuhannya, kemudian ramalannya dan isyarat Mekah, kemudian hijrah ke Madinah , dan kemudian peristiwa hingga pertempuran Badar terakhir. Siri ini memaparkan keindahan akhlak sebenar Rasulullah saw di mana naskhah ini bertujuan untuk menyampaikan risalah sebenar tentang mengapa Baginda diangkat sebagai Khatam an-Nabiyyin iaitu Penutup Segala NabiPengarah: Ahmed Hassan Penerbit: Ahmed TahaTentang Siri animasi KALIMULLAH:Peristiwa bahagian pertama dari siri ini berkisar pada kisah hidup Nabi Musa AS, yang disebut ‘Speech of God’. Rentetan siri ini dimulai sebelum kelahiran Musa AS, mengetahui bagaimana Bani Israel sampai di tanah Mesir, kemudian peringkat setelah kelahiran dan kemudian asuhannya sehinggalah kepada peristiwa yang terjadi tempat antara Nabi Musa AS dan Firaun.Pengarah: Ahmed Hassan Penerbit: Ahmed TahaSarikata Bahasa Melayu: Medatta International (M) Sdn BhdJangan lupa muatturun Nurflix di Apple AppStore dan juga Google Playstore atau layari di https://nurflix.tv/ dan subscribe untuk dapatkan kandungan islamik yang menarik.

VIDEO: Awek Sekolah Sabah Bergaduh Dikecam Netizen

KOTA KINABALU: Sebuah rakaman video menunjukkan sekumpulan pelajar perempuan sekolah menengah bertumbuk telah mencetuskan sensasi di laman sosial, apabila rata-rata penontonnya meluahkan rasa marah dan tidak puas hati terhadap insiden memalukan itu.

Dalam video berdurasi 49 saat yang dikatakan dirakam menggunakan telefon bimbit itu, kumpulan pelajar perempuan yang masih berbaju sukan tertera nama “SMK Limbanak” dilihat sedang bergaduh sesama sendiri sambil disorak oleh rakan-rakan mereka.

Video yang dimuatnaik di akaun Facebook Penampang Bulletin itu telah ditonton sebanyak 22,000 kali dalam tempoh hanya empat jam, sekaligus mencapai status viral di alam maya.

Pada awal video tersebut, seorang pelajar perempuan yang memakai baju Bulan Sabit Merah dilihat menumbuk seorang pelajar lain, sementara seorang lagi rakannya tampil untuk menjernihkan keadaan.

https://www.youtube.com/watch?v=kuItLSvn000&feature=youtu.be

Pergaduhan itu kemudiannya menjadi lebih besar apabila pelajar lain turut campur tangan.

Seorang pengguna Facebook, Abigail Eve berkata, keganasan bukanlah jalan penyelesaian terbaik.


“Pergaduhan mereka memberikan impak negatif kepada imej sekolah dan juga ibu bapa. Pelajar perempuan tidak seharusnya bersikap begini,” tulis Abigail.

SMK Limbanak yang terletak 15km daripada pekan daerah Penampang juga mempunyai pelajar lelaki.

Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Sabah Datuk Jame Alif berkata, pihak polis telah dimaklumkan mengenai insiden tersebut.

“Kes ini sedang disiasat pihak polis dan saya menunggu laporan selanjutnya,” kata Datuk Jame Alif.

– MYNEWSHUB.CC

 

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori