SEORANG bintang Youtube yang sering membuat video viral dan video prank, Fousey, sekali lagi menguji masyarakat melalui video terbarunya.
Terkini, lelaki ini menguji kekayaan budi pekerti masyarakat di sekelilingnya.
Menerusi video berdurasi lebih kurang lima minit ini menyaksikan Fousey menyamar sebagai gelandangan.
Berbeza dengan gelandangan lain yang meminta wang, dia sebaliknya memberi wang kepada orang ramai.
“NO ONE HAS BECOME POOR FROM GIVING.”
Itulah mesej yang dipegang oleh Fousey ketika duduk di tepi jalan.
Sememangnya mesej yang disampaikan itu sangat bermakna.
Jadi, adakah kita semua kaya duit semata-mata atau kaya dengan budi pekerti?
– MYNEWSHUB.CC