SIAPA yang tidak kenal dengan figura yang cukup sinonim dengan trademark kening terangkat, Ziana Zain ketika melakukan persembahan.
Meskipun perjalanan seninya dilihat sepi seketika, namun sebenarnya dalam diam penyanyi Madah Berhelah ini sedang merencana satu yang besar buat dirinya.
Setelah dirisik, rupa-rupanya Ziana baru sahaja membuka sebuah salon di Shah Alam namun ianya masih dalam proses pengubahsuaian.
“Saya sibuk dengan show minggu kesetiausahaan, Insya-Allah ada benda besar yang akan terjadi Mei depan.
“Saya baru buka salon bersama rakan kongsi saya, Hoges berdekatan Plaza Masalam, Shah Alam. Masih lagi baru beroperasi, masih renovation. Ada juga pelanggan yang datang. Selepas habis renovation saya akan jemput,” ujarnya.
Dalam pada itu, Ziana yang ditemui Mynewshub pada majlis pelancaran buku 30 Living Legends Media Hiburan di Hotel Pullman, Bangsar baru-baru ini merupakan antara artis yang tersenarai dan diiktiraf dalam buku tersebut.
“Saya berbesar hati dan berterima kasih kepada Media Hiburan kerana mengiktiraf saya sebagai antara legend.
“Sebelum menjadi penyanyi, saya ada idola seperti Amy Search, Khadijah Ibrahim.. siapa sangka, saya kini seiring dengan mereka. Itu sahaja sudah memberikan perasaan yang begitu teruja dan dihargai apabila diraikan dalam majlis sebegini,” kata kakak kepada penyanyi Anuar Zain itu.
Antara 30 selebriti lain yang terpilih sebagai lagenda ialah Erra Fazira, Siti Nurhaliza, Chef Wan, Yusof Haslam, Tiara Jacquelina, Ning Baizura dan Faizal Hussein.
Pemilihan selebriti ini dibuat berdasarkan keunikan tersendiri dalam bidang masing-masing selain telah menyumbang jasa dalam industri seni tanah air.
– MYNEWSHUB.CC
Oleh: FARAH
Foto/Video: RIZA RAZAK
https://www.youtube.com/watch?v=tqxGeGYVHOw