Sunday, January 19, 2025

Creating liberating content

Juara AsNTM 2 Bertunang...

PELUKIS mural terkenal yang berasal dari Lithuania, Ernest Zacharevi berkongsi khabar gembira mengenai...

Siapakah Talut Dan Jalut...

Nabi Daud A.S ialah nabi dan juga raja Bani Israel.Semenjak masih muda, baginda...

1.25 Bilion Penduduk China...

SHANGHAI: Lebih 1.25 bilion penduduk China atau 88.74 peratus daripada keseluruhan populasi, sudah...

Khabar Buruk Yang Jaja...

KALAU dengar cakap auta dan cerita putar belit yang dijual merata-rata oleh puak...

VIDEO: Trend ‘Selfie’ Undang Hasil Ciptaan Kasut Merepek?

JIKA anda berasakan selfie stick menyusahkan untuk dibawa kemana-mana, hasil ciptaan baru kumpulan Miz Mooz ini boleh dipertimbangkan untuk tujuan selfie.

Apa yang diperlukan cuma sepasang kasut rekaan mereka serta kaki yang flexible untuk diangkat.

Pengarah Reka Bentuk Miz Mooz, Cheryl Matson mengatakan selfie stick adalah penyelesaian untuk beberapa masalah namun ia juga memberi masalah lain kerana sukar untuk dibawa kemana-mana.

“Jadi untuk menyelesaikan masalah itu, kami di sini mencipta sesuatu yang akan memberi kemudahan kepada semua iaitu selfie shoes,” katanya.

Walau bagaimanapun, iklan selfie shoes itu sebenarnya hanyalah gurauan semata-mata yang dibuat oleh kedai kasut di New York itu sempena hari April Fool.


Iklan tersebut juga, sebenarnya sebahagian taktik untuk menarik perhatian orang ramai.

Bayangkan pada masa akan datang, tak mustahil kita disajikan dengan pelbagai rekaan atau ciptaan pelik dan mengarut seperti ini.

– MYNEWSHUB.CC

Oleh: SyfqAkhir

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori