Seorang pekerja wanita restoran makanan segera KFC dilaporkan bertindak biadab apabila menunjukkan isyarat lucah kepada pelanggannya.
Melalui satu video yang dimuat naik portal The Hype Media, kejadian tersebut dikatakan terjadi di cawangan KFC Taman Putra, Kuala Lumpur.
Menurut laporan di sumber sama, kejadian tersebut dikatakan bermula setelah sekumpulan pelajar dianggarkan berjumlah 15 hingga 20 orang masuk untuk menikmati makan tengah hari di situ.
Akibat bilangan mereka yang terlalu ramai, pelajar-pelajar berkenaan meminta kebenaran untuk mengalihkan meja agar mereka dapat duduk bersama-sama.
Namun demikian, pekerja terbabit tidak membenarkan mereka mencantum meja kerana ia bakal menghalang pergerakkan di dalam restoran tersebut.
Tapi, ada pelajar yang tidak menghiraukan larangan tersebut dan tetap mengangkat meja untuk digabungkan.
Pekerja terbabit kemudiannya mencadangkan mereka untuk makan di luar. Dia juga dikatakan mula merakamkan aksi pelajar-pelajar berkenaan menggunakan telefonnya.
Tak berdiam diri, pelajar-pelajar tersebut turut melakukan tindakan serupa yang akhirnya menyebabkan wanita itu mengangkat isyarat lucah.
Alamak, kan dah kantoi dirakamkan dalam telefon. Nampaknya respon yang ditunjukkan pekerja terbabit tak sepatutnya berlaku kerana dia memaparkan nilai yang tidak baik sebagai seorang pekerja, anggota masyarakat juga seorang Islam.
Walau bagaimanapun, jangan cepat meletakkan justifikasi kepada cerita sebenar di sebalik laporan ini kerana pekerja terbabit masih belum memberikan sebarang kenyataan.
Tapi kalau difikir-fikirkan kembali, sejak tahun lalu, terdapat beberapa kes melibatkan pekerja KFC yang bertindak di luar batasan terhadap pelanggannya.
Rasanya, pihak pengurusan perlu memberikan kursus kepada para pekerjanya untuk mengawal kemarahan ketika berhadapan dengan pelanggan…
– MYNEWSHUB.CC
Oleh: IZZAT MOHD ANUAR
Kerana Isu Ketiadaan Ayam Goreng, Pekerja dan Pelanggan KFC Bergaduh
https://www.youtube.com/watch?v=1R9w6f8C2H4
Pekerja KFC Bergaduh Sesama Sendiri
https://www.youtube.com/watch?v=omWHfdstiWc