Tuesday, January 28, 2025

Creating liberating content

Dengan Payung Ini Dijamin...

LAZIMNYA setiap kali hujan, mesti ramai akan buka payung namun ada juga tidak...

Ramos Didakwa Positif Dexamethasone

SERGIO Ramos gagal ujian doping selepas kemenangan Real Madrid ke atas Juventus pada...

Sebak Ramai Beratur, Sasha...

TANGGUNGJAWAB mengundi hari ini sedang dilaksanakan dengan sebaiknya oleh rakyat Malaysia sehingga menyebabkan...

Siasatan Kewujudan Kartel Ayam...

Kuala Lumpur : Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC) kini di peringkat akhir melengkapkan siasatan...

VIDEO: Kereta Bergesel, Apek Kena Hentak Di Kepala Kat PJ

NAMPAKNYA rakyat Malaysia sejak akhir-akhir ini asal kemalangan je, mesti nak bergaduh.

Bila dah mula gaduh pula, orang ramai yang berada di lokasi nampaknya lebih suka melihat daripada meleraikan.

Sesungguhnya, tersangat ‘mulia’ amalan manusia sebegini.

Anda lihatlah sendiri bagaimana seorang lelaki Cina lingkungan umur 50-an ini dipukul menggunakan sebatang kayu besar sehingga menyebabkan kepalanya berdarah teruk.

https://www.youtube.com/watch?v=2LZDEon2Gww

Rakaman video yang didakwa berlaku di Petaling Jaya ini mula tersebar di laman sosial sehingga menimbulkan rasa simpati orang ramai.

Menurut maklumat diterima, kejadian berpunca daripada kemalangan kecil yang seterusnya mencetus aksi pergaduhan antara mangsa dengan pemilik kenderaan terlibat.

Mangsa dikatakan telah cuba memohon maaf namun pemilik kenderaan satu lagi bertindak menendang perut mangsa hingga menyebabkannya hampir terjatuh.


Terkejut dengan tindakan lelaki itu, mangsa mulai berang sebelum mencari mencapai kayu di kawasan berhampiran seterusnya mengejar suspek mengelilingi sebuah kereta.

Mereka kemudiannya berbalas hayunan kayu sebelum suspek memukul kepalanya menyebabkan mangsa terkulai serta-merta di tayar kereta berhampiran.

Malangnya, orang ramai yang berada di lokasi seakan ‘menonton bola sepak di mamak’ sahaja apabila melihat gelagat kedua lelaki terbabit tanpa menghulurkan bantuan.

Mujurlah seorang lelaki tiba-tiba muncul lalu bertindak memarahi suspek dan mengarahkannya berhenti menyerang mangsa.

Di pengakhiran video kedengaran seorang penonton yang berada di lokasi berkata, “Angkat pergi hospital dulu la.”

Dibuatnya uncle tersebut mati sejurus kepalanya dipukul? Bawak pergi hospital pun dah tak sempat la bro.. kalau saksi yang tengok halang tentu kejadian tersebut tak sampai sejauh itu ianya berlarutan.

Alahai Malaysia ku! – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori