PROGRAM pencarian bakat paling popular di dunia, Asia Got Talent musim pertama sudah mula terasa kehangatannya selepas bersiaran menerusi saluran AXN Asia.
Musim ini para peserta bakal dinilai oleh empat juri profesional yang merupakan nama-nama besar dalam industri hiburan dunia.
Mereka adalah Pemenang Anugerah Grammy David Foster, salah seorang anggota Spice Girls iaitu Melanie C, penyanyi popular Indonesia, Anggun Cipta Sasmi dan penyanyi Taiwan, Vanness Wu.
Dalam pada itu, muncul kisah yang membanggakan buat rakyat Malaysia apabila sekumpulan pemuzik yang dikenali sebagai Sada Borneo, berjaya mengangkat muzik tradisional dalam pertandingan tersebut.
Keindahan bunyi muzik yang terhasil gabungan daripada peralatan muzik tradisional dan moden dimainkan mereka menerima pujian luar biasa baik daripada juri profesional mahupun penonton yang hadir.
Apa yang lebih mengujakan, kumpulan Sada Borneo ini menerima empat ‘YES’ daripada kesemua barisan juri dalam uji bakat Asia Got Talent.
Ini sekaligus berjaya melayakkan Sada Borneo ke peringkat seterusnya.
Ingin menyaksikan persembahan tersebut? Lihat video ini…
https://www.youtube.com/watch?v=A138kX_7Gl8
Rancangan hiburan yang menggabungkan nyanyian, akrobatik, tarian dan komedi ini mendapat penyertaan luar biasa dari peserta pelbagai negara termasuk Malaysia, Indonesia, Filipina, Thailand, Singapura, India, China dan Korea Selatan.
– MYNEWSHUB.CC
Oleh: FARAH