MEMPUNYAI keyakinan diri yang tinggi sememangnya diperlukan sebagai seorang atlet sukan.
Namun, jangan terlalu yakin sebelum tamat pertandingan kerana pihak lawan mampu ‘terbalikkan’ situasi di saat-saat akhir.
Itulah yang berlaku dalam satu pertandingan olahraga berpalang antara universiti, apabila Tanguy Pepiot yang mewakili Universiti Oregon kelihatan meraikan kemenangannya terlalu awal sehingga tewas di garisan penamat.
Menerusi video yang dimuat naik di Youtube beberapa hari lalu, aksi ‘poyo’ yang memakan diri itu telah mendapat perhatian sehingga ditonton lebih 3 juta kali.
Pepiot ditewaskan oleh wakil dari Universiti Washington, Meron Simon yang berjaya memintasnya pada saat-saat akhir di garisan penamat.
Video di bawah menunjukkan pada jarak kurang dari 100 meter, Pepiot sempat berinteraksi dengan penyokong di stadium itu bagi menunjukkan dia berjaya menjuarai pertandingan namun ternyata dia salah.
Simon yang menyedari dia mampu memintas Pepiot tidak melepaskan peluang meningkatkan kelajuannya di saat akhir sekaligus meraih tempat pertama.
Pepiot yang amat kecewa dengan keputusan itu kemudiannya terbaring mengenang kesilapan dilakukan.
Pengajarannya.. jangan pandang remeh pada saingan kita serta jangan terlalu yakin selagi belum berakhirnya pertandingan.
– MYNEWSHUB.CC
Oleh: SYFQAKHIR