SEJAK akhir-akhir ini nama Wak Doyok mendapat perhatian media gara-gara kontroversi membabitkan dirinya hingga dilabelkan sebagai gay.
Belum pun reda isu sensasi itu, ikon fesyen lelaki ini dikatakan menjadi mangsa gangguan makhluk halus.
Menurut Wak Doyok, kejadian berlaku di Lombok semasa dia menjalani penggambaran bercorak permainan, Ke Indonesia Ke Kita? (KIKK).
“Dalam perjalanan balik ke tempat penginapan di Lombok, saya terdengar bunyi mengilai dalam hutan. Saya juga rasa seperti dicekik seseorang ketika tidur,†katanya.
Dalam pada itu, figura fesyen ini mengakui tertekan apabila kecenderungan seksualitinya difitnah dan bakal melaporkan perkara itu kepada pihak polis.
– MYNEWSHUB.CC