Sunday, January 19, 2025

Creating liberating content

BN Adil & Konsisten...

KOTA KINABALU – Kerajaan Barisan Nasional (BN) telah berlaku adil dan konsisten dalam...

APMM Kaji Dakwa Nelayan...

PASIR PUTEH - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) akan mengkaji aspek perundangan bagi...

Kucing Belaan Karl Lagerfeld...

KEMATIAN pereka fesyen tersohor, Karl Lagerfeld pada Selasa menjadi tajuk utama media-media di...

Sungai Kim Kim Bebas...

PASIR GUDANG - Lokasi utama pencemaran toksik di Sungai Kim Kim di sini...

Wakil Rakyat BN Melaka Tandatangani Ikrar Integriti

KUALA LUMPUR – Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ir. Idris Harun mengumumkan wakil rakyat Barisan Nasional (BN) negeri itu akan menandatangani ikrar integriti sebagai bukti keseriusan pentadbiran beliau dalam usaha pencegahan rasuah.

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam satu kenyataan meda memberitahu, Ketua Menteri Melaka membuat pengumuman itu pada Perhimpunan Bulanan Pentadbiran Kerajaan Melaka hari ini.

“Kita pemimpin, jika ikrar (integriti) pun tidak sanggup apalah maknanya menjadi wakil rakyat,” kata Idris seperti dilaporkan dalam kenyataan itu.

SPRM turut memaklumkan, sebanyak lapan jabatan di bawah Kerajaan Melaka dan tiga syarikat swasta menandatangani Ikrar Integriti Korporat (CIP) dalam majlis berkenaan dengan disaksikan Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pencegahan) SPRM, Datuk Mustafar Ali.


Mustafar dalam ucapannya merakamkan penghargaan kepada Kerajaan Melaka bersama lapan jabatan dan tiga syarikat swasta yang menandatangani ikrar itu kerana ia
membuktikan komitmen mereka dalam membanteras gejala rasuah.

Tiga syarikat terbabit adalah Gala Permai Bhd, Ritasma Jutalis Bhd dan Delta Force Security & Consultancy manakala lapan agensi kerajaan yang menandatangani ikrar itu Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka, Pejabat Kewangan, Pejabat Tanah dan Galian, Jabatan Pertanian, Jabatan Perancang Bandar dan Desa, Jabatan Perhutanan, Jabatan Kebajikan dan Jabatan Kerja Raya. – mynewshub.cc

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori