Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Abang Long Fadhil Kemalangan...

MELAKA - Penceramah bebas, Abang Long Fadhil luka di kepala dan tangan kiri...

Ibu Bunuh Anak Sebagai...

BAJA CALIFORNIA, Mexico – Seorang ibu yang tidak berperi kemanusiaan di sini dihukum...

Bayi Cedera Di Muka...

TIDAK dinafikan, dron merupakan salah satu permainan atau alatan elektronik yang boleh memberikan...

Suami Isteri Tertinggal Anak...

BEIJING - Tertinggal buku atau cermin mata dalam pesawat memang sering berlaku. Bagaimanapun, satu...

Wang Lesap, Keluarga Tuntut Akaun Terperinci Zamani

Isu kemana perginya hasil titik peluh bekas penyanyi kumpulan Slam, Zamani di dalam industri selama 22 tahun masih menjadi tanda tanya.

Melalui sidang media, abang kepada penyanyi tersebut menyatakan Zamani kini perlu menjalani satu pembedahan tulang belakang kronik yang memerlukan kos sebanyak RM50,000.

DSC_1445
Zamani yang diwakili abang kandungnya, Zulfazil Ibrahim dan peguam, Ahmad Zaharil Muhaiyar.

Zamani yang diwakili abang kandungnya, Zulfazil Ibrahim dan peguam, Ahmad Zaharil Muhaiyar, meminta pihak bertanggungjawab untuk beri penjelasan mengenai  duit milik Zamani.

Berkaitan, sebelum ini peguamnya telah memuat naik satu status yang mencetuskan kontroversi di laman Facebooknya.

FB Peguam Zamani Bongkar.pngWM

Bagi menjelaskan perkara ini, keluarga Zamani minta pihak bertanggungjawab beri maklumat akaun terperinci Zamani selama 2 tahun dalam industri.

Ahmad Zaharil juga mengesahkan Zamani sudah 6 tahun tidak memiliki akaun wang peribadi dan segala hasilnya dalam industri selama ini disimpan oleh pihak pengurusannya.

DSC_1442
Zamani yang diwakili peguam, Ahmad Zaharil Muhaiyar.

Menurutnya lagi, dia tidak pernah mempersoalkan tentang pihak pengurusan Zamani, apa yang penting sekarang adalah anak guamnya itu.


“Saya yang penting adalah anak guam saya, anak guam saya sakit dan memerlukan kos sebanyak RM50,000 untuk menjalani pembedahan.”

“Sekiranya Zamani mempunyai duit di dalam akaunnya, keluarkan jumlah itu kerana kami perlukannya untuk pembedahan berkenaan,” kata peguam itu ketika ditemui di pejabatnya di Kota Damansara petang tadi.

DSC_1427
Abang sulong Zamani, Zulfazil Ibrahim.

Sementara itu, Zulfazil memberitahu keadaan Zamani sekarang semakin baik dan menunjukkan perkembangan positif sejak menerima rawatan di sebuah pusat pemulihan.

“Fizikalnya semakin baik, berat bertambah hingga ke 10kg, dia pun gembira di sana, walaupun sekali-sekala merengek minta keluar tapi itu hanya perkara biasa,” katanya.

– MYNEWSHUB.CC

https://www.youtube.com/watch?v=IXdhlzTczr8&feature=youtu.be

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori