Venezuela – Marah kerana rayuan mendapatkan rumah tidak dihiraukan kerajaan, seorang wanita mempunyai cara tersendiri untuk mendapatkan perhatian pemimpin negaranya.
Caranya adalah dengan menulis mesej berkenaan di atas buah pelam dan kemudian membalingnya ke arah kepala Presiden Venezuela, Nicolos Maduro.
Ketika itu Maduro sedang turun dari bas ketika mengadakan lawatan ke Aragua.
Mengejutkan apabila Maduro tidak marah sebaliknya dia berkenan memberikan sebuah rumah kepada Marleny Olivo.
Pada mulanya Olivo terkejut apabila dipanggil oleh Maduro dan dia juga berasa takut kerana bimbang ditangkap.
“Saya telah meluluskan sebuah rumah baru kepada Olivo yang merupakan sebahagian daripada skim perumahan Venezuela,” kata Maduro ketika mengumumkannya.
Selain itu, Maduro juga berjanji untuk makan pelam tersebut. – Mynewshub.cc